Selasa, 11 Disember 2018

THE KITCHEN, BALING


Assalamualaikum semua,,
harini panda nak share satu kedai makan western
yang sedap and murah dekat Baling, Kedah..

THE KITCHEN, BALING
Alamat : Kampung Tok Harun, 09100 Baling Kedah
berhadapan dengan Taman Kota Jaya, Pulai
Masa Operasi : 5pm

Apa yang sedap kat sini??
hmmm, 
panda xde la cuba semua makanan kat sini..
haritu panda cuba set COMBO C
dalam set ni ada
- chicken chop
- meetball
- spaghetti
- fries

COMBO C

harga dy RM22.00
sbb nak rasa semua kan.. 
so, kita amik la set nii.. 
sangat memuaskan panda..
acctually panda kongsi dgn Tikah..
xmampu la nak makan semua ni sorang2..
tp kalau korang betul2 lapaq..
panda rasa korang boleh hbiskan set ni sorang2..
heheheh

Ice Blended Triple Chocolate

air plak panda order
Ice Blended Triple Chocolate
RM5.00
so seedaaap..
manis triple chocolate tu korang boleh rasa..

Oreo Milkshake

adik panda plak order
Oreo Milkshake
RM5.50
haaa yg ni panda suka jugak..
sedap and terasa oreo tu..
korang mesti kena cuba tau..


yang lain makan chicken chop..
chicken chop dy sedap..
panda suka dy punya balckpaper tu..
sedap and xkedekut...
dah la murah..
selalu makan chicken chop paling murah pon RM10
tp kalini harga dy RM7.50 jeerrr

haa lupa nak kasitau...
yang set COMBO tu kan.. 
ada jgk pilihan lain..
contohnya ::

COMBO A 
RM26.00
(Lamb Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO B
RM23.00
(Chicken Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO C
RM22.00
(Chicken chop + Meetballs + Sphagetti + Fries)

Sphagetti tu korang boleh pilih nak carbonara or bolognese.

kalau korang nak lagi mudah
boleh like and follow FB page dorang..
kat sini senang la korang nak tau
kedai bukak or tutup..
xde la kecik hati sampai2 kedai tutup plak nanti..

Panda harap sangat2 The Kitchen akan kekalkan 
harga and kualiti makanan depa..
semoga The Kitchen akan teros berjaya..

TQ sebab sudi baca entry kalini..
jgn lupa cuba makan kat The Kitchen, Baling ye..

^_^

Isnin, 19 November 2018

ESCAPE PARK, PENENG


Assalamualaikum semua..
ada lagi ke yang masih setia dgn entry panda ni??
xpe la kalau xde yg membaca..
panda tulis untuk dijadikan kenangan sajalah.. heheh


so, ni trip panda and geng untuk sem5..
ESCAPE PARK

selalunya kami xkan buat trip bila bulan first masok sem baru..
sbb banyak duit nak guna..
nak kena beli buku,
bayar itu, bayar ini..
tp kalini xtau pasaipa kami nekad nak p jugak..
sbb nanti payah nak p bila dah masok keja ward..
kebetulan mmg sure ada tarikh yg btol2 free..
so, kami decide untuk booked ticket online je..
sbb lagi awal booked ticket lagi murah boleh dapat..


banyak jugak dy punya pakej..
Individuals & Family (1-19 persons)
Corporates & Associations (at least 10 persons)
School Group ( at least 20 persons)

harga dy beza jugak ikot hari..
peak day dgn non-peak day
boleh tgok harga2 dy dekat link bawah ni..
http://www.escape.my/ticketprices

panda dgn kawan2 pi sana 5 orang..
kami booked awal seminggu..
sbb takot ttbe ada program hari yg kami booked..
terpaksa la booked seminggu je awal..

mcm biasa kami kalau p Peneng..
mesti nak sarapan dekat
Roti Canai Gemas Road..
xtau la knp suka sangat..
tp series sedap laa..
Cina pon p makan situ..
org kata kalau Cina p makan tu sedap la kan..
heheehe

okay, lepas makan kami terus menuju ke Escape Park..
Opening Hours
10am-6pm
so, kami sampai tu betul2 baru depa bukak..
sampai2 terus p scan ticket yg dah booked tu..
pastu letak barang2 dalam locker..
ni pilihan je kalau korang xnak amik pon xpe..
tp sbb time kami booked online tu dy mcm pakej..
kami amik je la..
pluss ada e-Wallet RM20..
yg ni kalau kita xguna boleh tukar jd duit balik..
sbb makanan luar xboleh bawak masok..
tp boleh je kalau nak beli pkai cash kat dlm tu..

Escape Park ni ada 2 activities..
* Adventure Theme Park
* Waterpark

kami mulakan dgn p Adventure Theme Park..
banyak sangat aktiviti kat sini..
series semua gayat2.. hahaha
okay, ni satu fakta la..
panda takot tinggi and sangat gayat..
tp teringin sgt nak buat aktiviti mcm nii..
sampai je sana mula2 xnak main..
tp kawan2 semua ckp..
"piqah ingat tiket mahai.. rugi xmain.."
hahaha..
ayat tu buat panda teruskan jugak laa..

MONKEY BUSINESS

sebelom start depa akan bg taklimat dulu untuk keselamatan
mcm mana nak guna tali tu..
takot tersangkut tengah jalan..
poket kena kosongkan ye.. depa check..
phone xboleh bawak..
ni kena buat keputusan betul2..
sekali hampa dah main.. xboleh patah balik..
kena teruskan sampai habis..
so, kalau org depan hampa ni takot2.. akan stuck lama jugak laa..

dy ada 3 level..
makin naik level makin tinggi..
dan semestinya panda cuma lepas level 1 je..
pastu xmau teruskan dah.. hahaha
Ayu kawan panda tu mmg minat benda nii
dy je yang naik level 2..
lagi 4 org semua angkat tangan.. hahaha..

org yang xgayat mesti syok main..
panda stuck kat flying fox level 1 ni..
pendek je sebenarnya..
tp tahap gayat time tu xboleh nak kawal..
sampai suruh org belakang tolak baru la gerak..
hahahahaaa..

A-MAZE

main benda ni sementara tunggu Ayu habiskan level 2 dy..
saje suka2 je main..
tp enjoy jugakla sbb dy punya terowong mmg sempit dan panas..
depa bagi lampu picit 2 je kot..
kat dalam sangat gelap..
and panda acah berani jadi org yg depan sekali..
tunjuk arah.. last2 ada yg salah masok lorong jugak..
kat dalam ni gerun sikit sbb depa pasang bunyi2 ular laa..
pastu ada tengkorak plastik dlm tu..
tp enjoy la..

TUBBY RACER

lepas je main maze tu..
Ayu pon dah habis level 2..
kami main benda alah ni plak..
seronok sangat.. rasa nak repeat 2 kali...
tp penat angkut tube tu naik atas
so, dah xsanggup nak main lg..
hahaha

FLYING LEMUR

ni flying fox..
lepas main kat monkey business td dah rasa xmau main dah..
tp, sbb kawan2 ajak..
and panda nak cari pengalaman..
panda teruskan jugak..
mmg puas main flying fox ni..
ada 4 level jugak.. makin lama makin panjang tali dy..
ketinggian dlm 50 meter rasanya..
xberapa sure pasal nii..
mula mcm biasa.. panda gugup gementar serta menggigil..
mmg xnak jd org last..
sbb nak sruh kawan kat belakang yg tolak..
yg first dah berjaya..
lepastu syok dah nak main..
series cantik tgok view dari atas.. rugi xboleh nak rakam..
ada part kawan panda tersekat kat tengah2 tali tu
sbb dy ringan kot.. so, xsampai kat hujung
terpaksa la panggil org tolong amik dy..
and korang kena betul tangkap net dy.. kalau x korang boleh
patah balik and stop tengah2 tali yg tinggi tu..
huishh series xsanggup nak tergantung kat tengah2 tu..
mcm mana la kawan panda tu rasa..

lepas habis flying lemur ni ingatkan nak main
KITE FLYER
tp ramai sangat beratur.. kami pon nak kejar masa..
dah plan nak p waterpark plak..
so, kami decide main satu je lagi aktivti kat situ..

ATAN'S LEAP

ni panda panggil bangunan bunuh diri..
hahahaha..
wei tinggi dy 30 meter and kau kena terjun..
kan bunuh diri namanya.. haha
so, disebabkan nampak sangat ngeri.
dari 5 org.. 3 org je yg sanggup main..
semestinya Ayu mendahului kami.. hahaha
pastu roommate panda pon nak main..
dy sengaja tarik panda.
panda pon rasa rugi la dah sampai tp xmain kan..
lama jugak la panda nak sampai menara atas sekali tu..
lepas naik satu anak tangga..
pikir balik. betul ke nak main nii..
xingat la bgi bpe org yg potong Q panda..
sbb bila makin naik atas baru rasa tingginya weii..
nampak dari bawah xtinggi pon..
and yess panda terjun dgn tutup mata plus jeritan yg kuat gila
sampai2 bawah kaki lembek lalu terus terduduk..
hahaha

lepas je main ni kami terus p tukar baju untuk main Waterpark..
korang mmg kena pakai swimming suit ye..
xboleh t-shirt2 nii..
kami terpaksa sewa swimming suit kat sini..
RM9 rasanya.. xsure la..

TUBBY TUNNEL/TUBBY RAPIDS

panda xtau la panda main yg mana satu nii..
tp main gelongsor besar ni laa..
naik berdua dgn roommate panda..
kami naik yg paling tinggi punya..
panda mmg suka kalau main2 kat waterpark nii..
sbb tau kalau lemas pon xhanyut mcm kat sungai.. hheehe
*sbb ada pengalaman hanyut arus deras sungai kecik2 dulu*
tp, Roommate panda ni ada lelah
so, dy agak tkot dan xbpe suka kalau main air2 nii..
walaupon takot2 dy..
2 kali jugak kami repeat naik benda alah nii..
hahaha

SUPER LOOPER
haa,, yg ni panda pon xpercaya
mana dpt kekuatan nak main benda nii..
hahah..
Ayu yg gila punya extrime tu pon tkot2 nak main..
so, aktiviti ni panda yg mulakan dulu..
hampa kena berdiri dlm tube tu..
then dy ttp pintu..
bukak tempat hampa pijak tu..
dan jatuh la hampa menggelongsor ke bawah..
(boleh bayangkan x?)
series best..
mula2 je terkejot sbb mcm ttbe kita terhempas..
tp still baring dlm tunnel tu kan..
so, seronok laa..
korang kena cuba.. rugi la kalau p xcuba yg nii..

hijau tepi sekali tu SUPER LOOPER
pink tengah tu MEGA DROP
yang banyak2 ni SPEED RACER

MEGA DROP
yg ni panda xmain..
kawan panda yg naik sekali nak main super looper tu
xberani so, dy main mega drop nii..
tp bagi panda yg ni lagi scarry..
sbb mmg nampak jelas juram tinggi gelongsor dy..
pastu dy terbuka.. xde tunnel..
so, agak malu la nak main.. hehe

LAZY RIVER
mungkin panda dah xberminat main benda yg lain2 plus penat..
so, panda decide ddk dkt tube tu pusing lazy river nii..
xtau la bpe round..
sambil2 membawang..
hahaha

banyak jugak yg korang boleh main kat waterpark ni..
contohnya Atan's Jump, Banana Flip, Speed Racer, Wave Ball, Tots Pool,,
banyak lagi laa..

jangan lupa tgok video kami kat escape park
kat IGTV panda..

Series untuk sape yang minat Adventure Activities
sangat2 la disyorkan hampa p Escape Park ni..
dapat eratkan lagi hubungan kita dgn kawan2..
spent time dgn family..

boleh la rancang untuk p cuti sekolah xlama lagi nii..
untuk jimat
booked la ticket awai ye..
kalau walk in mcm mahai sangat plak..
SELAMAT BERCUTI

^_^

Khamis, 25 Oktober 2018

TARIAN KONTEMPERORI : ATINE AROK TAHAN


Assalamualaikum semua..

lama jugak panda peram tarian ni dalam lappy..
harini baru ad masa nak upload.. hehe
memandangkan tarian kami ni biasa2 je..
naib johan je mampu..
so, panda sajalah peram vid tarian ni..


tarian kontemperori..
ada cerita jugak dalam tarian kami nii..
tarian kami ni pasal puteri yang terpaksa 
berpisah dengan kekasih hatinya..
setelah sekian lama mereka berpisah..
akhirnya mereka bertemu kembali..
dan bahagia selamanya..

disebabkan puteri ni terpaksa berpisah dengan kekasih hati dy..
so, kami pon menggerakkan tarian ni dalam keadaan bermuram..
sehingga akhirnya puteri berjumpa kembali
barulah terlihat senyuman di bibir puteri itu..

kami pkai konsep bermuram..
tapi, juri kata kami tkot bila atas pentas..
hahah.. xpelah.. mungkin depa xpaham jalan cerita kami..

cerita banyak pon xsyok..
jemput la tgok tarian kami yang xseberapa nii..
actually vid ni panda edit lagu dy..
jd ada part pergerakan xberapa nak kena dgn tempo..
quality vid ni pon kureng.. 
sorry..
btw, jangan lupa subscribe ye..

^_^


Jumaat, 22 Jun 2018

AKU BUKAN SENIMAN


Assalamulaikum semua..

ad ke yg pikir panda ni seorang seniman??
yelaa,, dekat blog ni saja panda dok cerita pasal panda nyanyi laa..
menari laa.. ni baru2 ni panda masuk nasyid jadi percussion.. main kompang plak..
hahahahha..

panda ni minat je benda2 seni ni..
tapi xkreatif pon..
xpandai pon semua tu..
kena ada yang mengajar baru la boleh..

dari kecik panda 'minat menyanyi' nii..
dok karaoke je selalu..
suara xsedap mana pon..
minat je lebih..


gambar photoshoot untuk konsert final..
gemokk.. hahhaa

xpernah nyanyi depan orang ramai..
start time IBI dulu tu jelaa..
tu pon sbb mmg kene buat.. mmg aktiviti kat situ..
okay,, throwback sikit vid dulu..
yang konsert final punya xde vid laa...

lepas dah hbis IBI masa masok kolej nursing nii..
time sem 1 je pernah nyanyi untuk farewell..
lepas tu kita bagi yang lebih bagos lagi.. huhu


okayy,, dah habis dgn nyanyii,, 
start 'minat menari' plak..
sbb kolej bila buat event pape nak ad persembahan tarian..
pastu ad membe kat sini yang pandai menari..
panda pon syok la nak belajar..
walaupon badan keras sebenarnyaa..
hahaha..

sedikit throwback tarian yang sempat panda post kat blog

ni yang ad video and sempat upload je..
yang paling terbaru xupload lagi pasal tarian kontemporori


yang paling terbaru..
hakak blaja 'main kompang' laa..
ni pon teringin jugak..
sejak masok nasyid sem 3 ritu..
seronok tengok depa yg jd percussion..
sem 4 ni saja mencuba..
tq kpd cg2 yang ajar..
membe2 nasyid pon banyak mengajar..


panda bukan nak bangga diri yang panda pandai segalanya..
cuma kat sini panda nak bgtau..
kita kena berani mencuba benda baru dalam hidup..
barulah kita dapat banyak pengalaman..
penting jugak orang sekeliling untuk beri peluang..
barulah kita jumpa bakat baru..
Panda Bukan Seniman..

sedikit TERIMA KASIH untuk semua yang pernah 
memberi peluang kat panda cuba benda baru..
TERIMA KASIH untuk kepercayaan hampa semua kat panda..

skrg ni tengah minat nak jd photographer..
ad yang sudi nak ngajar x?? hahaha

^_^

Sabtu, 26 Mei 2018

TAHNIAH WAHDATUL AL-NAURAH


Assalamualaikum semua..

ap benda Wahdatul Al-Naurah ni??
mesti hampa pelikkan..
sbb kumpulan ni xfemes pon..
depa sederhana saja orangnya..
cewahhh...
hahaa

mulanya group depa ni dengan nama AL-NAURAH saja..
depa kumpulan nasyid baru..
baru dalam KKSP..
depa xramai yang pandai pasal nasyid nii..
depa biasa2 saja..

AL-NAURAH

AL-NAURAH banyak berlatih untuk wakil kolej
ke pertandingan nasyid Zon Utara (2017)..
dengan usaha keras siang malam depa berlatih..
macam2 yang depa kena.. makian, pujian, nasihat..
depa teruskan juga..
dengan bantuan akak2 sem 6..
depa kuat..
sehingga hari pertandingan..
depa gugup..
peserta lain lebih menarik perhatian..
depa hanya berserah dan buat yang terbaik..
Alhamdulillah..
depa dapat tempat ketiga..

WAHDATUL AL-NAURAH

mana pulak datangnya WAHDATUL AL-NAURAH???
depa ni orang yang sama..
tapi, ada pertambahan ahli..
dan ada juga ahli lama yang keluar..

WAHDATUL AL-NAURAH

depa pon berlatih untuk peringkat Zon Utara (2018)..
kalini,, depa terpaksa bekerja lebih keras
sebab kolej depa jadi tuan rumah..
lagi banyak bebanan 
sbb ramai lect berharap depa ni dpt juara..
depa stress..
depa penat..
depa langsung xharap nak menang..
depa cuma nak buat yang terbaik..

Alhamdulillah,,
rezeki Allah..
depa dapat juara..

so, depa kena teruskan latihan untuk ke peringkat kebangsaan..
depa terpaksa buat latihan sendiri tanpa guru mengajar..
sampai last minit 3 hari sebelom pertandingan
baru la depa dapat ustaz dan ustazah 
yang ajar depa dan betulkan mana yang kurang..
last minit pertukaran buat depa sedikit serabut..
buat depa ingat2 lupa..

PERINGKAT KEBANGSAAN

depa redha, tawakal, berserah..
depa nak buat yang terbaik saja..
Allah masih sayangkan depa nii..
Allah beri tempat kelima dari enam zon..
Alhamdulillah..
depa bersyukur bukan di tempat terakhir..

walaupon depa xdapat nak harumkan nama kolej
dengan dpt tempat top 3..
tp depa semua dah ckup rasa bangga..
depa dapat jejakkan kaki di peringkat kebangsaan..
depa harap pasukan nasyid yg seterusnya
dapat harumkan nama kolej..

diantara depa semua..
ada panda..
jd, kat sini panda nak selitkan kenangan indah ni..
panda sangat2 berterima kasih
sebab HIDAYU panggil panda untuk join group nasyid ni
tahun lepas..
terima kasih untuk AL-NAURAH sebab terima
panda dalam group ni..
Terima kasih untuk WAHDATUL AL-NAURAH
sebab masih terima panda dalam group nii..


TERIMA KASIH
beri peluang kat panda..
beri pengalaman kat panda..
beri kenangan kat panda..
terima kasih adik2ku..

" MULIANYA AL-QURAN dapat membuatkan AQIDAH TERPUJI,
AKHLAK YANG MULIA mengukuhkan UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA"

^_^