Selasa, 31 Mei 2016

CONTOH KERJA KURSUS EKONOMI SEM 3 STPM

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK ROMPIN khasnya Pengetua Puan Hajah Hawiah Binti Chik dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Norzawati Binti Aziz kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Zakiah Binti Samad selaku guru Ekonomi saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
            Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Sabri Bin Ahmad dan Puan Norini Binti Abdullah jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.
            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Eliza Norshafiqah Hamirah Binti Abdul Hamid dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.
            Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.



ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit di Kuala Rompin dan mengkaji jenis skim pinjaman yang menjadi tarikan kepada penduduk Kuala Rompin. Penyelidik telah menggunakan kaedah primer dan kaedah sekunder bagi mendapatkan data. Antaranya ialah data primer  iaitu kaedah temu bual, dan borang soal selidik. Penyelidik telah menemu bual seorang Pembantu Amanah yang menjaga blok Pontian iaitu Encik Mohammad Rizal Bin Musa untuk mengenalpasti jenis skim pinjaman yang ditawarkan di AIM cawangan Kuala Rompin yang terdiri daripada Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi dan Ikhtiar Sejahtera. Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden dalam kalangan penduduk Kuala Rompin. Data sekunder pula didapati dengan melayari internet, melalui risalah dan buku teks. Hasil keseluruhan kajian ini, mendapati bahawa penduduk Kuala Rompin merasai peranan yang paling penting ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah dengan seramai 15 orang bersamaan 50% . Seramai 8 orang bersamaan 27% penduduk Kuala Rompin bersetuju bahawa menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar sebagai peranan kedua terpenting. 7 orang lagi (23%) memilih peranan menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar sebagai peranan yang kurang penting.  Skim pinjaman yang paling diminati oleh penduduk Kuala Rompin ialah Ikhtiar Sejahtera iaitu seramai 18 orang bersamaan 60%. Skim pinjaman yang paling kurang diminati pula ialah Ikhtiar Mesra iaitu seramai 5 orang bersamaan 17% penduduk Kuala Rompin. Manakala, terdapat 7 orang bersamaan 23% yang menggemari Ikhtiar Srikandi sebagai skim pinjaman yang terbaik.



 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejarah berkembangnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan bahawa, jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat. Prof. Yunus dengan bantuan wang peribadinya sendiri memulakan perbankan dengan golongan miskin yang mana pada masa itu, pelajarnya sendiri telah menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang terdiri daripada golongan miskin di Kampung Jobra terletak di pinggir kampus. Mereka yang terpilih adalah golongan miskin yang difikirkan layak untuk diberi bantuan pinjaman.
Antara objektif yang dikemukakan oleh Prof. Yunus pada ketika itu bagi meminjamkan wang kepada golongan miskin ini ialah memperluaskan kemudahan perbankan kepada golongan miskin, mengelakkan golongan miskin ini dari ditindas oleh lintah darat dan memberikan pinjaman kepada golongan miskin ini berdasarkan syarat yang lebih teratur dan senang difahami. Berdasarkan disiplin bayar balik yang memuaskan memberikan satu idea kepada Prof. Yunus untuk memperluaskannya kepada satu sistem perbankan yang lebih teratur. Dari sehari ke sehari perbankkan Prof.Yunus dengan golongan miskin makin berkembang dan Prof. Yunus mula mencari bank-bank yang berminat untuk membiayai program ini. Namun tiada mana-mana bank yang berminat pada ketika itu dan ini memaksa Prof. Yunus untuk meminta kerajaan Bangladesh mengisytiharkan lesen perbankkan kepadanya. Hasil usaha gigih Prof. Yunus selama ini berbaloi apabila pada 2hb Oktober 1983, wujudlah Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang dengan pesat sehingga kini wujudlah Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank Grameen.

Pendekatan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan diperkenalkan oleh Prof. Muhamad Yunus di Bangladesh pada tahun 1976 dan sejak itu telah berkembang ke seluruh dunia. Perkembangannya di Malaysia berlaku pada tahun 1986, diusahakan oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim, pada waktu tersebut masih berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Projek awal untuk menguji kesesuaian pendekatan Bank Grameen ini yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan Kerajaan Negeri Selangor. Projek Ikhtiar, iaitu satu projek penyelidikan bertindak yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM adalah satu kajian bagi menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) di dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bagi membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan golongan miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM demi kesinambungan dan kejayaan program.
(Sumber : http://www.aim.gov.my/)
Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Rompin, Pahang ditubuhkan pada 14 Oktober 2009. Pengurus Cawangan (PC) AIM Kuala Rompin, Pahang ialah Encik Mohammad Noraimin Bin Abdul Rahman, dibantu oleh Penolong Pengurus Cawangan (PPC) Encik Adnan Bin Zakaria, Pembantu Amanah Pengurusan (PAP) Nurul Syakira Binti Ismail, dan Pembantu Amanah Sistem (PAS) Puan Azalina. Terdapat 10 orang Pembantu Amanah lain yang menjaga setiap blok, iaitu Mohammad Zaim yang menjaga blok kawasan Bandar Rompin, Mohammad Rizal Bin Musa menjaga blok Pontian, Mohammad Saiful Bin Fazli menjaga blok Janglau, blok Endau dijaga oleh Mohammad Zulhilmi Bin Razilah, Mohammad Zakuan menjaga blok Mersing, blok Seri Mersing dijaga oleh Muhammad Amir, Bandar Mersing pula dijaga oleh Muhammad Yunus, Muhammad Salleh menjaga blok Felda Nitar dan Tenggaroh, Hizzuan Shah pula menjaga blok Tanjung Gemok dan Muhammad Shauki menjaga blok Rompin iaitu dari Leban Condong sehingga Muadzam Shah.

AIM cawangan Rompin menyediakan tiga skim pinjaman kepada penduduk Kuala Rompin, Pahang iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, dan Ikhtiar Sejahtera. Terdapat pelbagai kelebihan yang diperoleh apabila menjadi ahli AIM menyebabkan ramai penduduk Kuala Rompin gemar membuat pinjaman dengannya. AIM Kuala Rompin ini terletak di kawasan Bandar Rompin yang beralamat No. 13, Tingkat 1, Jalan Sentosa 4, Taman Sentosa, 26800 Kuala Rompin, Pahang. Pejabat AIM Kuala Rompin ini berdekatan dengan Pasaraya Sakan, Restoran Sepit Biru, Pizza dan bangunan Parlimen UMNO. Penduduk Kuala Rompin menyertai AIM mengikut blok yang berdekatan dengannya. 


Peta 1 : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kuala Rompin, Pahang



2.0 PERNYATAAN MASALAH

            Kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai sumber agensi pemberi kredit di Kuala Rompin, Pahang dan mengkaji jenis skim pinjaman di AIM Kuala Rompin yang digemari oleh Penduduk Kuala Rompin.
            Kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu pihak AIM menggubal dasar yang lebih baik bagi menarik lebih ramai sahabat. Dasar yang digubal haruslah bersesuaian dengan penduduk Kuala Rompin, Pahang. Hal ini akan menyebabkan ramai penduduk Kuala Rompin akan membuat pinjaman dengan pihak AIM pada masa akan datang.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang penyelidik jalankan ialah :

3.1       Mengenal pasti peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai agensi pemberi kredit di Kuala Rompin, Pahang.
3.2       Mengkaji jenis skim pinjaman yang menjadi tarikan kepada penduduk Kuala Rompin, Pahang.  

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Memperoleh Data

Dalam penyelidikan ini, penyelidik memperoleh maklumat data primer dan data
sekunder :

4.1.1 Data Primer
a) Temu Bual
Penyelidik telah menemu bual salah seorang Pembantu Amanah  yang menjaga blok Pontian iaitu Mohammad Rizal Bin Musa. Soalan yang diajukan berkisar tentang sejarah penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kuala Rompin, Pahang, peranan AIM sebagaai agensi pemberi kredit dan jenis-jenis skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak AIM.
b) Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada 30 orang Penduduk Kuala Rompin, Pahang yang menjadi sahabat kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Borang soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan data peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit kepada penduduk Kuala Rompin dan jenis skim pinjaman yang menjadi tarikan penduduk Kuala Rompin.
  
4.1.2 Data Sekunder
a) Melayari Internet
Penyelidik telah melayari laman web rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) http://www.aim.gov.my/ untuk mengetahui latar belakang penubuhan AIM , peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit dan jenis skim pinjaman yang ditawarkan.

b) Risalah
Risalah disediakan secara percuma oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kuala Rompin, Pahang. Pihak AIM menyediakan risalah ini untuk memudahkan  sahabat mengetahui serba sedikit perkhidmatan yang ditawarkan oleh AIM. Penyelidik mendapat maklumat berkaitan peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit dan jenis-jenis skim pinjaman yang ditawarkan daripada risalah yang disediakan.

c) Buku
Penyelidik menggunakan buku rujukan Ekonomi Malaysia Penggal 3 yang diterbitkan oleh Ilmu Bakti. Di dalam buku tersebut terdapat penerangan tentang jenis-jenis skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan graf telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Analisis data telah dikumpul selepas memperoleh data primer daripada 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kuala Rompin. Data yang diperoleh dihitung dan ditukarkan kepada analisis bentuk peratusan bagi mencapai analisis yang tepat. Hasil ini dikehendaki akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. 

4.2.1 Kaedah Perbandingan

Kaedah ini digunakan untuk mengetahui perbandingan antara skim pinjaman yang paling diminati dan skim pinjaman yang kurang diminati oleh penduduk Kuala Rompin, Pahang. Kaedah ini juga digunakan bagi mendapat suatu analisis yang boleh dipercayai. 

4.2.2 Kaedah Peratusan
Bagi mengetahui peratusan yang telah dipilih oleh penduduk Kuala Rompin pada borang soal selidik, penyelidik telah mengira dan memindahkannya ke dalam bentuk peratusan. Kaedah peratusan ini digunakan bagi mendapatkan satu analisis yang tepat. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik memudahkan pembacaan nombor yang berangka besar.


5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1   Peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai agensi pemberi kredit di Kuala Rompin, Pahang.



Berdasarkan carta pai 1 di atas, soal selidik ini dilakukan kepada 30 orang penduduk Kuala Rompin, Pahang. Kesemua responden ini adalah perempuan kerana syarat untuk menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini hendaklah seorang perempuan yang berumur 18 tahun keatas, seorang warganegara Malaysia dan pendapatan tidak melebihi RM3050 ( RM610 perkapita ). 15 orang daripada 30 orang responden tersebut berumur 18 tahun sehingga 30 tahun. 31 tahun sehingga 40 tahun pula terdiri daripada 10 orang responden dan 5 orang responden lagi berumur 41 tahun sehingga 50 tahun.
Diseluruh Malaysia AIM mempunyai tiga peranan iaitu untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah, menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar, dan menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar. Begitu juga dengan AIM cawangan Kuala Rompin. Ia juga mempunyai peranan yang sama.
Peranan pertama ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah. Dalam kaedah soal selidik yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa 15 orang bersamaan 50% penduduk Kuala Rompin, Pahang merasakan bahawa pihak AIM Kuala Rompin melakukan peranan tersebut dengan baik. Hal ini dapat dilihat melalui kadar kemiskinan penduduk Kuala Rompin yang semakin berkurangan.
Peranan kedua ialah menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar. Seramai 8 orang bersamaan 27%  penduduk Kuala Rompin merasakan pihak AIM Kuala Rompin melaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, AIM Kuala Rompin menyediakan skim pinjaman Ikhtiar Srikandi kepada penduduk Kuala Rompin. Skim pinjaman ini bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain.
Peranan yang ketiga ialah menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar. AIM Kuala Rompin banyak memberi bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar. Tetapi hanya 7 orang responden bersamaan 23% yang memilih untuk menjawab Ya kerana mereka sendiri tidak mengikuti latihan dan bimbingan yang diadakan oleh pihak AIM Kuala Rompin.


5.2 Jenis-jenis skim pinjaman yang ditawarkan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Terdapat enam skim pinjaman yang ditawarkan di AIM iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, Ikhtiar Wibawa, Ikhtiar Penyayang, Ikhtiar Bestari, dan Ikhtiar Sejahtera. Skim pinjaman Ikhtiar Mesra merupakan skim asas kepada pinjaman AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pinjaman pertama dengan jumlah maksima RM2,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut. Jumlah pinjaman maksimum yang boleh dipinjam oleh sahabat ialah RM19,900 dengan tempoh pembayaran balik pinjaman antara 25 minggu hingga 150 minggu. Caj pengurusan yang dikenakan sebanyak 10% untuk setahun atau 5% sekiranya memilih bayaran balik untuk tempoh enam bulan.
Selain itu, skim pinjaman Ikhtiar Srikandi yang berasaskan konsep fast track adalah merupakan satu skim yang diperkenalkan kepada sahabat yang mempunyai potensi projek yang berjaya dan berdaya maju. Skim ini juga bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain. Had maksimum pinjaman, tempoh pembayaran balik dan caj pengurusan yang dikenakan adalah sama seperti Skim Ikhtiar Mesra.
Seterusnya, skim Pembiayaan Ikhtiar Wibawa merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan Ikhtiar Mesra atau Ikhtiar Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat. Had maksimum pinjaman ialah RM5,000 dan tempoh pembayaran balik ialah selama enam bulan. Caj pengurusan juga sebanyak 10% untuk setahun atau 5% sekiranya memilih bayaran balik untuk tempoh enam bulan. 
Manakala, skim pinjaman Ikhtiar Penyayang pula merupakan satu jalan penyelesaian untuk membantu sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi yang disebabkan oleh bencana alam, persekitaran ekonomi dan sosial. Pinjaman ini disediakan supaya sahabat dapat memulakan projek baru atau memulihkan projek yang gagal itu. Ikhtiar Penyayang ini ditawarkan kepada sahabat yang didapati mengalami masalah bayar balik dua minggu berturut-turut, selepas dikenal pasti punca kegagalan projek mereka. Sekiranya mereka layak, maka bayaran balik sedia ada ditangguhkan mengikut prosedur penangguhan bayar balik, kemudian pinjaman Ikhtiar Penyayang diproses seperti pinjaman biasa. Dalam tempoh pembayaran balik Ikhtiar Penyayang, jika sahabat mampu membuat bayaran bagi dua pinjaman, maka penangguhan bayar balik pinjaman biasa akan dibuka semula. Jika sahabat belum layak, maka pembayaran balik Ikhtiar Penyayang diutamakan terlebih dahulu. Had maksimum pinjaman ialah RM5,000 dengan tempoh pembayaran balik antara 25 minggu hingga 150 minggu dan caj pengurusan dikenakan seperti biasa.
Selain itu, skim pinjaman Ikhtiar Bestari ini menjurus kepada membiayai kos pendidikan dan latihan ahli yang memohon pinjaman. Syarat-syarat kelayakannya adalah enam bulan pembayaran balik atau separuh daripada tempoh pembayaran balik pinjaman Ikhtiar Mesra kali pertama, mana-mana sahabat layak membuat pinjaman Ikhtiar Bestari. Jumlah pinjaman ialah RM5,000 dan tidak dikenakan caj pengurusan.
Akhir sekali, terdapat juga skim Ikhtiar Sejahtera yang bertanggungjawab untuk membiayai keperluan-keperluan semasa seperti pembelian rumah, tanah, mesin atau jentera pertanian, ibadah haji, kenduri kahwin, penebusan barang kemas dan bermacam-macam lagi dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana hukum yang terdapat dalam Islam. Kadar pinjaman terendah yang boleh dipohon adalah sekitar RM2000 manakala maksimumnya adalah sebanyak RM10,000. Pembayaran semula perlu dilakukan secara mingguan dalam jangka masa 25 minggu ke 150 minggu. Melalui skim ini juga sahabat layak membuat pinjaman lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pinjaman semula berkembar.

 Jenis-jenis skim pinjaman yang diminati oleh penduduk Kuala Rompin.


Berdasarkan graf 1 diatas, AIM cawangan Kuala Rompin, Pahang menawarkan tiga pinjaman daripada enam skim yang disediakan. Hal ini kerana, pihak AIM Kuala Rompin tidak mahu mengambil risiko kerana risau dengan adanya pelbagai skim pinjaman yang disediakan menyebabkan sahabat tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Skim pinjaman yang ditawarkan di AIM Kuala Rompin ialah Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi dan Ikhtiar Sejahtera.
Melalui kaedah soal selidik yang telah dijalankan, skim pinjaman yang paling disukai oleh penduduk Kuala Rompin ialah skim pinjaman Ikhtiar Sejahtera. Seramai 18 orang bersamaan 60% orang penduduk Kuala Rompin telah memilih pinjaman Ikhtiar Sejahtera sebagai pilihan yang paling diminati oleh mereka. Skim pinjaman ini digemari oleh penduduk Kuala Rompin kerana mereka boleh membuat pinjaman untuk membiayai keperluan-keperluan semasa mereka seperti pembelian tanah, rumah, mesin atau jentera pertanian dan kenduri kahwin. Kadar pinjaman maksimumnya adalah sebanyak RM10,000 menyebabkan pemohon dapat membuat pelbagai pembelian barangan dengan mudah. Selain itu, sahabat menyukai skim pinjaman ini juga kerana sahabat boleh membuat pinjaman lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pinjaman semula berkembar.
Manakala, penyelidik mendapati skim pinjaman yang paling kurang digemari oleh penduduk Kuala Rompin ialah skim pinjaman Ikhtiar Mesra. Hanya 5 orang sahaja bersamaan 17% penduduk Kuala Rompin yang memilih skim pinjaman ini. Hasil daripada soal selidik ini, penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa tidak ramai penduduk Kuala Rompin yang menceburi bidang perniagaan atau memulakan perniagaan mereka dengan membuat pinjaman. Hal ini mungkin kerana, mereka hanya meneruskan perniagaan keluarga mereka atau mendapatkan modal permulaan perniagaan daripada ahli keluarga. Kebanyakkan sahabat yang membuat pinjaman ini terdiri daripada keluarga yang kurang senang dan ingin memulakan perniagaan untuk membantu menyara keluarga mereka.
Skim pinjaman yang ketiga ditawarkan oleh AIM Kuala Rompin ialah skim pinjaman Ikhtiar Srikandi. Seramai 7 orang bersamaan 23% penduduk Kuala Rompin telah memilih skim pinjaman ini. Hal ini demikian kerana, penduduk Kuala Rompin yang berniaga akan membuat pinjaman melalui AIM bagi menambah modal untuk memajukan perniagaan mereka. Peniaga yang ingin menambahkan pengeluaran barangan jualan akan membuat pinjaman ini supaya mereka boleh meningkatkan jumlah pendapatan seharian. Kebanyakkan peniaga yang membuat pinjaman ini kerana mereka masih bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang mereka telah mulakan. Pihak AIM akan membantu para peniaga yang masih lagi berminat untuk berniaga walaupun percubaan mereka berniaga hampir gagal. Dengan adanya pinjaman Ikhtiar Srikandi dan sokongan daripada pihak Aim, peniaga dapat meneruskan perniagaan dengan lebih yakin.
Kesimpulannya, skim pinjaman yang paling digemari oleh penduduk Kuala Rompin ialah Ikhtiar Sejahtera iaitu seramai 18 orang bersamaan 60% orang. Skim pinjaman yang kurang diminati oleh penduduk Kuala Rompin pula ialah Ikhtiar Srikandi iaitu seramai 7 orang bersamaan 23% orang penduduk Kuala Rompin. Manakala, skim pinjaman yang paling kurang digemari oleh penduduk Kuala Rompin ialah Ikhtiar Mesra, dengan hanya 5 orang sahaja bersamaan 17% penduduk Kuala Rompin yang menyukainya.


6.0 CADANGAN

1. Membuat promosi pinjaman.
Pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hendaklah membuat promosi melalui risalah-risalah mengenai skim pinjaman yang mereka tawarkan. AIM juga perlu memberi lebih tumpuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok. Hal ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan dapat meningkatkan kegiatan ekonomi kepada penduduk kampung tersebut.

2. Memanjangkan tempoh pembayaran balik.
Pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga boleh menambahkan tempoh pembayaran balik daripada tidak melebihi 3 tahun kepada 3 tahun lebih. Hal ini akan meringankan beban peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka pada setiap minggu. Pinjaman yang tinggi akan menyebabkan bayaran balik pada setiap minggu menjadi tinggi, dengan tempoh pembayaran yang panjang dapat mengurangkan kadar bayaran pada setiap minggu.

3. Memanjangkan tempoh pembayaran balik.
Caj pengurusan yang rendah membuatkan ramai peminjam akan melakukan pinjaman dengan pihak AIM. Hal ini kerana, semakin rendah caj pengurusan yang dikenanakan keatas pinjaman, semakin tinggi jumlah pembiayaan yang diperoleh. Sebagai contoh, caj pengurusan yang dikenakan pada masa kini ialah 5%. Sekiranya sahabat membuat pinjaman sebanyak RM10,000 maka sahabat cuma memperoleh pembiayaan sebanyak RM9,500 berbanding RM9,700 yang diperoleh sahabat sekiranya caj pengurusan dikurangkan kepada 3%.


7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kuala Rompin berperanan sama seperti AIM seluruh Malaysia tetapi hanya menawarkan tiga jenis skim pinjaman.  Peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah, menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar, dan menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar. Pihak AIM Kuala Rompin menyediakan tiga sahaja skim pinjaman iaitu skim pinjaman Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, dan Ikhtiar Sejahtera.
Melalui soal selidik yang telah dijalankan, peranan yang paling penting ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah dengan seramai 15 orang bersamaan 50%  penduduk Kuala Rompin yang bersetuju. Peranan AIM kedua terpenting ialah menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar. Seramai 8 orang bersamaan 27% penduduk Kuala Rompin yang bersetuju. 7 orang lagi (23%) memilih peranan menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar sebagai peranan yang kurang penting.
Selain itu, skim pinjaman yang paling digemari oleh penduduk Kuala Rompin ialah Ikhtiar Sejahtera iaitu seramai 18 orang bersamaan 60%  penduduk Kuala Rompin. Skim pinjaman yang kurang diminati pula ialah Ikhtiar Mesra iaitu seramai 5 orang bersamaan 17% penduduk Kuala Rompin. Manakala, terdapat 7 orang bersamaan 23% yang menggemari Ikhtiar Srikandi sebagai skim pinjaman yang terbaik.
Di samping itu, penyelidik telah mencadangkan tiga langkah yang harus diambil oleh pihak AIM Kuala Rompin untuk menarik lebih ramai peminjam  iaitu membuat promosi pinjaman kepada sahabat-sahabat baru, memanjangkan tempoh pembayaran balik, dan merendahkan kadar caj pengurusan. Langkah sebegini penting untuk membantu penduduk Kuala Rompin yang berpendapatan rendah tetapi ingin membeli barangan keperluan semasa atau ingin memulakan sesuatu perniagaan untuk membuat pinjaman dengan pihak AIM Kuala Rompin.


BIBIOGRAFI

Amanah Ikhtiar Malaysia (2013). Sejarah Awal Penubuhan AIM. Dicapai pada 6 Ogos, 2015, daripada http://www.aim.gov.my
Amanah Ikhtiar Malaysia (2013). Skim Pembiayaan Ikhtiar. Dicapai pada 7 Ogos, 2015 daripada http://www.aim.gov.my
Nor Lihana Hani (2011). Jenis-jenis Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia. Dicapai pada 7 Ogos, 2015 daripada http://www.aim.gov.my
Theng Knock Leing, 2013. Ilmu Bakti Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi Kemas Kini. Kuala Lumpur: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Wawancara secara bebas antara penyelidik dengan Encik Muhammad Rizal Bin Musa selaku Pembantu Amanah di Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kuala Rompin di kediaman Lot 345, Jalan Rumah Banjir, Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang,  pada jam 5 petang,  5 Ogos 2015.


LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS EKONOMI
KOD MATAPELAJARAN 944/4

MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi kerja kursus mata pelajaran Ekonomi 944/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji pinjaman yang menjadi tarikan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin  dan kelebihan pinjaman yang disukai oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

Bahagian A : Data Responden
Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
1)     
Jantina
      Perempuan             



    2)  Umur     


         18-30  tahun                             41-50 tahun
         31-40  tahun                            51-60 tahun
3) Gaji


    1000 ke bawah                         4000-5000


        1000-2000                                 5000 ke atas

        2000-4000           

Bahagian B
Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan .
Peraanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai sumber pemberi kredit di Kuala Rompin, Pahang:

Bil.
Perkara
Ya
Tidak
1.
Mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah



2.
Menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar



3.
Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar



Jenis skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kuala Rompin, Pahang :

Bil.
Perkara
Ya
Tidak
1.
Ikhtiar Mesra


2.
Ikhtiar Srikandi


3.
Ikhtiar Sejahtera



  
BORANG TEMU BUAL

Bil.
Soalan
Informan 1
1.
Jelaskan secara umum tentang AIM

2.
Bilakah AIM ditubuhkan ?

3.
Apakah peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit ?

4.
Berapakah skim pinjaman yang ditawarkan oleh AIM Kuala Rompin?



Gambar 1.0 : Penyelidik bersama seorang Pembantu Amanah  yang menjaga blok Pontian iaitu Mohammad Rizal Bin Musa dalam sesi temubual.

Semoga dapat membantu adik2 dalam menyiapkan KK Ekonomi..
Jadikan panduan ye.. jangan copy paste 100% !!!
^_^

Catat Ulasan