Khamis, 12 Mac 2015

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PA

BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi kerja kursus mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah adat selepas kelahiran bayi masih diamalkan dalam masyarakat melayu di Kampung Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja

                   Bahagian A : Data Responden
                   Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
                       1)   Jantina : Lelaki (    )                Wanita (    )
                       2)    Umur   : 20-30 tahun (    )                     31-40 tahun (     )
                        41-50 tahun (    )                     51 tahun ke atas (    )

                  Bahagian B
                  Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan .

BIL
PERKARA
YA
TIDAK
1
Menanam uri salah satu adat masyarakat melayu  yang masih diamalkan sehingga kini?


2
Adat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik masih diamalkan sehingga kini?


3
Adakah adat mencuci lantai masih diamalkan?


4
Berdasarkan pengetahuan anda,  adakah adat membelah mulut masih diamalkan?


5
Adat mencukur jambul yang sewajarnya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran masih diamalkan sehingga kini?


6
Dalam masyarakat melayu, adat naik buai merupakan adat yang masih diamalkan sehingga kini?


7
Pada pendapat anda, adakah adat jejak tanah masih diamalkan?


8
Adakah anda bersetuju, adat bersunat masih diteruskan?




Tiada ulasan :