Selasa, 11 Disember 2018

THE KITCHEN, BALING


Assalamualaikum semua,,
harini panda nak share satu kedai makan western
yang sedap and murah dekat Baling, Kedah..

THE KITCHEN, BALING
Alamat : Kampung Tok Harun, 09100 Baling Kedah
berhadapan dengan Taman Kota Jaya, Pulai
Masa Operasi : 5pm

Apa yang sedap kat sini??
hmmm, 
panda xde la cuba semua makanan kat sini..
haritu panda cuba set COMBO C
dalam set ni ada
- chicken chop
- meetball
- spaghetti
- fries

COMBO C

harga dy RM22.00
sbb nak rasa semua kan.. 
so, kita amik la set nii.. 
sangat memuaskan panda..
acctually panda kongsi dgn Tikah..
xmampu la nak makan semua ni sorang2..
tp kalau korang betul2 lapaq..
panda rasa korang boleh hbiskan set ni sorang2..
heheheh

Ice Blended Triple Chocolate

air plak panda order
Ice Blended Triple Chocolate
RM5.00
so seedaaap..
manis triple chocolate tu korang boleh rasa..

Oreo Milkshake

adik panda plak order
Oreo Milkshake
RM5.50
haaa yg ni panda suka jugak..
sedap and terasa oreo tu..
korang mesti kena cuba tau..


yang lain makan chicken chop..
chicken chop dy sedap..
panda suka dy punya balckpaper tu..
sedap and xkedekut...
dah la murah..
selalu makan chicken chop paling murah pon RM10
tp kalini harga dy RM7.50 jeerrr

haa lupa nak kasitau...
yang set COMBO tu kan.. 
ada jgk pilihan lain..
contohnya ::

COMBO A 
RM26.00
(Lamb Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO B
RM23.00
(Chicken Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO C
RM22.00
(Chicken chop + Meetballs + Sphagetti + Fries)

Sphagetti tu korang boleh pilih nak carbonara or bolognese.

kalau korang nak lagi mudah
boleh like and follow FB page dorang..
kat sini senang la korang nak tau
kedai bukak or tutup..
xde la kecik hati sampai2 kedai tutup plak nanti..

Panda harap sangat2 The Kitchen akan kekalkan 
harga and kualiti makanan depa..
semoga The Kitchen akan teros berjaya..

TQ sebab sudi baca entry kalini..
jgn lupa cuba makan kat The Kitchen, Baling ye..

^_^

Tiada ulasan :