Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

Selasa, 11 Disember 2018

THE KITCHEN, BALING


Assalamualaikum semua,,
harini panda nak share satu kedai makan western
yang sedap and murah dekat Baling, Kedah..

THE KITCHEN, BALING
Alamat : Kampung Tok Harun, 09100 Baling Kedah
berhadapan dengan Taman Kota Jaya, Pulai
Masa Operasi : 5pm

Apa yang sedap kat sini??
hmmm, 
panda xde la cuba semua makanan kat sini..
haritu panda cuba set COMBO C
dalam set ni ada
- chicken chop
- meetball
- spaghetti
- fries

COMBO C

harga dy RM22.00
sbb nak rasa semua kan.. 
so, kita amik la set nii.. 
sangat memuaskan panda..
acctually panda kongsi dgn Tikah..
xmampu la nak makan semua ni sorang2..
tp kalau korang betul2 lapaq..
panda rasa korang boleh hbiskan set ni sorang2..
heheheh

Ice Blended Triple Chocolate

air plak panda order
Ice Blended Triple Chocolate
RM5.00
so seedaaap..
manis triple chocolate tu korang boleh rasa..

Oreo Milkshake

adik panda plak order
Oreo Milkshake
RM5.50
haaa yg ni panda suka jugak..
sedap and terasa oreo tu..
korang mesti kena cuba tau..


yang lain makan chicken chop..
chicken chop dy sedap..
panda suka dy punya balckpaper tu..
sedap and xkedekut...
dah la murah..
selalu makan chicken chop paling murah pon RM10
tp kalini harga dy RM7.50 jeerrr

haa lupa nak kasitau...
yang set COMBO tu kan.. 
ada jgk pilihan lain..
contohnya ::

COMBO A 
RM26.00
(Lamb Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO B
RM23.00
(Chicken Grill + Meetballs + Sphagetti + Fries)
COMBO C
RM22.00
(Chicken chop + Meetballs + Sphagetti + Fries)

Sphagetti tu korang boleh pilih nak carbonara or bolognese.

kalau korang nak lagi mudah
boleh like and follow FB page dorang..
kat sini senang la korang nak tau
kedai bukak or tutup..
xde la kecik hati sampai2 kedai tutup plak nanti..

Panda harap sangat2 The Kitchen akan kekalkan 
harga and kualiti makanan depa..
semoga The Kitchen akan teros berjaya..

TQ sebab sudi baca entry kalini..
jgn lupa cuba makan kat The Kitchen, Baling ye..

^_^

Selasa, 1 Mei 2018

CHICKEN CHOP RM6 SUNGAI PETANI


Assalamualaikum semua,
happy labour day semua!!
okay, disebabkan harini cuti..
kawan panda pon ajaklah pegi makan chicken chop..
ermm,, panda dgn roommate mmg xmau kluar harini..
so, kami berbelah bahagi jugak lahh
""nakk ke xnakk lepakk mamak..""
ehh,, ternyanyi plak. hahah..
last2 decide pegi jelahh..


membe panda ni baru je jumpa kedai ni kat FB..
so, dy pon nak try laa..
first time pegi kedai ni sebab orang kata sedap..
kami pon trylahh..



Lokasi : Taman Ria, Sungai Petani sebelah masjid Al-Mutaqqin, Lorong 41
(kedai dy tepi jalan jaa)
Waktu Perniagaan : 6 petang - 12 tengah malam..

chicken chop dy boleh tahan sedap..
berbaloi dengan harga
cuma pasta dy je..
carbonara tu.. mcm dry sikit..
mungkin panda suka makan yg org masak letak kuah siap2 dgn pasta kot..
kedai ni serve letak kuah tu atas pasta..
so, kalau kuah skit mcm dry sikit la rasa..
tp, lain org lain citarasa kan...
carbonara dy rm7


boleh la sape2 nak try makan kat sini..
kalau dari 5 bintang  
panda kasi 4 bintang  

tu pendapat panda laa..
kalau hampa nak tau rasa dy sedap ke x..
boleh la mai sendiri rasa..

^_^

Isnin, 9 Oktober 2017

PENENG FOOD HUNTER!


Assalamualaikum semua..
Ada ke yg rindu dkt panda ni??
Hahaha perasan je kan..

Okay, entry kali ni nak cite pasal Trip panda & the geng ke
Peneng !!
Kali ni kami nak buat Food Hunter sbb mcm lama dah xmkn best2 ni..
And salah satu reward untuk exam midterm kami kali ni..

Tempat2 yg kami pi ni mmg dah femes dah..
Hampa semua mesti tau lah..
Sbb kami pon mmg search kat google, fb, ig, twitter semua lah
Untuk cri tempat mkn yg best kat peneng..
Bajet kali ni.. bawah RM100

Kami sewa kereta untuk setengah hari.. RM50
Minyak kami isi RM50 jgk.. sbb tkot jem..
Pastu tol pegi balik semua dlm RM16.50
(bahagi 5 so, sorang bajet mmg below RM100)
Ni yg basic lah.. kalau korang pegi dgn kereta sendiri lagi jimat..

First tempat kami pi..


GEMAS ROAD ROTI CANAI
Mula2 kite acah la sarapan kan walaupon dah 11am.. haha


Mcm yg kitorang order ni RM3
Dy sebenarnya boleh kalau nk tambah lauk..
Mcm lauk ayam, daging..
Tp kami xnk tambah sbb xnk kenyang sangat kan..
hmm, Rasa cheese tu mcm hilang sikit bila mkn dgn roti..
Mungkin sbb kuah tu..
Tp, ttp sedapp..
#Recommended!

~ Second ~


Kami naik Peneng Hill..
Tiket untuk train..
Pemegang i/c : RM10
Student card : RM5
Non Malaysian : RM30
Untuk yg nak cepat naik train boleh ambik tiket fast lane RM30



kami makan Ais krim buah2..
Range harga ais krim ni dari RM8 – RM20..
Panda punya yang ad buah naga,kiwi tu RM12
Naik atas ni sebenarnya nak makan ais krim buah2 tu je..
Tp disebabkan lebih sejam nunggu ke train..
Kite bergambar la sekali kan..
So, kat sini kami ambik masa lama sbb tunggu train nak naik & turun..



~ Third ~


Cari nasi kandar!!
Mulanya kami nak makan dekat Nasi Kandar Deen Maju..
Tp, bila dah sampai kami tgok..
Ya Allah panjangnya barisan..
Ingatkan dah pkol 4pm lebih xramai la org..
Rupanya ramai jugak..
So, kami tukar plan pegi mkn kat
Kapitan
Serius time ni tgh lapar k..
Apa lagi bila dah sampai tu trus serbu..
Kami bertiga je mkn nasi kandar..


Nisah nak mkn roti nan cheese..
Ayu xnk mkn..
Nak simpan perut untuk pasembuq katanya..
Panda terikut akak panda kalau mkn nasi kandar amik telur sotong..
Tu yg mkn lauk tu je..
Harga standart je rasanya..

~ fourth ~


Lepas je hbis mkn nasi kandar..
Kami terus cari pasembuq kat gurney..
Time ni serius perut dah penuh sangat..
Tp sbbkan dah alang2 sampaikan..
So, panda makan jugaklah..
Ramai yg dah mengah
Jadi 2 pinggan je kami ambik.. haha
Yg tgok xde sayur tu.. RM10
Yg banyak skit tu RM13..

Panda dah lama xmkn pasembuq nii..
So, xtau la nk kata sdp ke x..
Tp, menurut membe panda..
Katanya kat Padang Kota lagi sdp..

Lastly

Okay, dah xmkn dah..
Dah full gila..
Kami just benti kat pantai
Batu Ferringhi
Nak ambik angin sebelum balik..

Seronok sangat trip kali nii..
Tp sbb kami nak kene msuk kolej before 10pm
Banyak tempat yg kami rancang nak pi tp xsempat..
Xpelahh janji ad pengalaman tu..
Hopefully lepas ni ad lagi la trip dgn depa semua nii..
Paling berterima kasih dkt ayu sbb jadi driver kami..
Huhuhu.. panda still tkot nk drive..

^_^

Isnin, 9 November 2015

DEEN BURGER BAKAR KUALA ROMPIN

nyumm nyummm..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haa,, ni nak bgtau ritu panda dgn family pegi buat 
JJCM dekat area Rompin nii.. huhu
sbb panda teringin sangat2 nak makan burger bakar.. hehe
nasib baik laa mak panda tau kat mane ad jual burger bakar kat rompin ni..
sebelom mak bgtau.. mmg panda xpenah tau pon yg ad kedai nii dkt rompin.. hahah

lately ni plak ramai membe panda yang dok update makan burger bakar..
panda pon ajak laa family pegi makan kat sini.. 
puas laa makan.. cuma,, tringin nk rasa meatball dy..
tp dah habis dah ritu.. xtau laa bila plak nk pegi makan.. hmm

Ni menu yang ad kat Deen Burger Bakar nii..

pilih-pilih

harga dy berpatutan laa.. sesuai dgn saiz burger and daging tu.. 
masa operasi dari jam 6ptg sampai 12 mlm..
haa,, sesuai laa org2 muda yg nk lepak mlm2 tu.. huhu


Sape2 yg duduk dkt2 area rompin
mai laa kita try Deen Burger Bakar nii..
kalau otw dari Mersing nak ke Kuantan tu 
mesti lapar kan.. 
haa,, singgah laa sekejap makan burger nii.. heheh

^_^

Selasa, 9 Jun 2015

ZAM ZAM ARABIC RESTAURANT


Assalamualaikum dan salam seejahtera..

Pegi kuantan baru2 nii.. umi belanja kami makan Nasi Arab.. huhu..
Panda baru first time rase nasi arab nii.. 
sebelom ni xde la plak nak terasa makan nasi arab nii..
disebabkan umi blanja so, dapat la jugak perut ni merasa nasi arab.. 

umi dengan abah man je laa yang order.. 
dorang nak blanja kan.. aii xnak la demand macam2.. huhu

Umi dengan abah man tengah memilih nak
order ap.. huuhu

Kambing

Ayam

sos
Ada 2 piliham sos.. ikot selera korang la nk mkan yang mana...
tapi, dua2 tu bukan pilihan panda.. hahahaha.. 
makan nasi dy dengan ayam tu je dah sedap..
xperlu lagi nak tambah2 sos.. 

kat restaurant ni korang xpayah la susah nak panggil dorang 
dengan bagi isyarat tangan or kluarkan suara.. just tekan aje.. 
nanti pandai2 lah dorang datang.. hehehe


ada jugak order tea arab nii.. pehh,, 
pekat gilaa.. tapi sedap.. ad rase mint2 gitu.. 
sofia dengan mak yg banyak minum air tea nii.. 
panda tea xbrapa suka.. so, sikit je la minum..
gelas tu kecik je sebenarnye.. xpuas minum.. 
huhu


okay laa,, panda xtau sangat pasal restaurant ni nak share dengan korang..
lagipon ni first time makan kat sini..hehehe
last.. panda tunjuk sikit mak panda yang comel nii.. hehhee.. 

my lovely mummy..
abang ijat xready nak bergambar.. huhu