Memaparkan catatan dengan label FAKTA KE AUTA?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAKTA KE AUTA?. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2018

ASSALAMUALAIKUM KERAJAAN BARU

Assalamuailaikum semua..
anda semua berpuas hati dengan keputusan
PRU14 kalini??

semua ada pilihan masing2..
semua pon dah selamat jalankan tanggungjawab kan..


tahniah kepada YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
kerana diberi peluang untuk menjadi PM untuk kali kedua..
semoga dengan kepimpinan baru ni..
negara Malaysia lebih maju..

selamat menjalankan tanggungjawab ini dengan ikhlas dan jujur..
dan tepati segala manifesto yang telah ditaburkan..

sebahagian manifesto

saya wakil dari pelajar kesihatan KKM
ingin memohon agar TUN MAHATHIR 
dpt memberikan pekerjaan kepada kami semua 
setelah tamat sahaja tempoh latihan kami..
dan kami tidak perlu menunggu giliran yang begitu lama 
sehingga mencecah satahun menganggur..
sekian,

^_^

Khamis, 31 Disember 2015

Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen

Jubah konvo Prau SMKR
Assalamualaikum dan Selamat Petang korang..

Sorry sebab xbgtau korang plan panda yang ni.. 
sengaja panda rahsiakan.. xnak org tau.. hihihi..

Time panda konvo ritu.. Datuk Hassan ad buat Contest..
( nak tau pasal konvo panda boleh klik -- > throwback convocation day )
"Karangan tentang Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen"
katanya dia nk tau ap disebalik simbol jubah and topi nii..
knp time konvo je org pakai.. 
so, dy pon buat la contest nii.. sape dpt buat yg terbaik..
dy bagi 1K.. 

sape xnk 1K dengan buat bende ni je kan.. so, panda pon join laa,, 
tapi, sayang xsempat nak buat banyak research sbb panda kene panggil training tu..
so, panda hantar yang mana sempat buat je laa..
redha je.. kalau ad rezeki dpt la kan.. 
harini 31/12/2015 tarikh tutup contest tu..
okay,, xnak ngomel banyak2 sangat.. 
korang bacalah sendiri kalau nak tau.. hihi
^_^
-
-
-
-
-

1.1 Konvokesyen

            Konvokesyen atau majlis penyampaian ijazah merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan “konvokesyen’’ berasal dari perkataan Bahasa inggeris “convocatian’’ yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah “sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas’’). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampaian ijazah ini, yang paling terkenal ialah lontaran topi siswazah ke udara.

            Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis uatama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap falkuti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan , di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Terdapat juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.

2.2 Asal usul pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen

Sepanjang kajian saya melalui pembacaan di internet, ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang mana merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Tetapi pada hakikatnya, ramai yang silap mengenai tradisi islam ini terutamanya tradisi keilmuan islam generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan mereka tersalah faham mengenai pemakaian jubah konvokesyen ini berasal dari negara Barat.

            Menurut Dr. Alfifi Al-Akiti seorang Pensyarah di Felo Pengajian Islam Universiti Oxford, Uk melalui wawancara di Sudut Pandang Astro Awani, kata beliau sebenarnya pemakaian jubah dan mortar board (kopiah, songkok, dan lain-lain) di dalam majlis istiadat konvokesyen itu merupakan cetusan idea yang di inspirasikan oleh para ilmuan islam terdahulu. Gaun konvo itu adalah jubah. Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mempunyai warna yang berlainan adalah bertujuan membezakan antara orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana apabila ingin membacakan hadis kepada pendengar. Hal ini membuktikan bahawa kepelbagaian rekaan dan warna jubah mempunyai makna tersendiri mengikut institusi pengajian. Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doctor falsafah.

            Mortar board itu sebenarnya seperti mereka memakai penutup kepala (kopiah atau songkok) kemudian di atasnya akan diletakkan Al-Quran dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah (Kini Al-Quran tersebut digantikan dengan lapisan tebal berbentuk segi empat). Pemakaian sedemikian menjadi simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. Jadi, perbuatan membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvokesyen adalah tidak beradap dan tidak menunjukkan budaya ilmu.

            Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan Al-Quran di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang mamakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya.

            Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini. Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat mesra antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

            Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu. Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah adalah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. Jadi, kita sebagai penuntut ilmu haruslah terus menjaga tradisi ini dengan baik.

okayy,, tq sebab baca..
kalau korang nak tau lebih lanjut..
korang boleh la search sendiri ye..
ni je yg mampu panda buat..
harap2 dpt la 1K tu.. huhu
aaminn..
^_^

Khamis, 1 Mei 2014

FAKTA : FADILAT REJAB..



hari ni dah masok bulan rejab.. kalau korang nak tahu bulan rejab ni banyak fadilatnye.. so, baik kite manfaatkan bulan rejab ni dengan sebaik baiknye.. erm,, panda pon ambik kesempatan nak tulis pasal fadilat rejab ni supaya korang xterlepas mengumpul pahala dalam bulan rejab ni.. alhamdulillah,, 1 rejab ni panda dapat puasa tanpa dihalang dengan pape pon.. hihi.. 

ANTARA FADILAT REJAB :
* rasulullah bersabda : "puasa sehari pada bulan rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.."
* rasulullah bersabda : "puasa tiga hari dalam bulan rejab, dijadikan parit yang panjang yang       menghalangkan dia ke neraka.." (panjangnya parit setahun perjalanan.)
* rasulullah bersabda : "puasa bulan rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu,   dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat." 
* rasulullah bersabda : "puasa pada awal rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
* rasulullah bersabda : "orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti.."
* rasulullah bersabda : "puasa tujuh hari dalam bulan rejab akan ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.."
* rasulullah bersabda : "sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kedukaan orang mukmin pada bulan rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam janatul firdaus.."
* rasulullah bersabda : "sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian siratulmustaqim.."


so, panda harap korang dapat gunakan bulan rejab ni dengan sebaik-sebaiknya.. kumpul pahala banyak2 okay.. erm,, sape yang belom ganti2 lagi puasa yang tahun lepas tu lekas-lekas la ganti.. dah rejab dah ni.. huhu.. hope uoolls enjoy and dapat pengetahuan baru daripada entry panda kali ni.. ^_^

Jumaat, 18 April 2014

FAKTA : MADU ..

Assalamualaikum semua..

hari ni panda nak cakap pasal madu la.. eh,, jangan salah paham bukan lelaki yang pasang madu 2.. ni ha,, madu.. alarh,, madu la xkan xtau kot.. huhu.. 

madu yang bintang ni buat 2.. alorh.. hihi..

lebah..

fakta ni amat la sesuai untuk kakak2 atau adik2 yang nak kurus 2.. errr,, abang2 yang nak diet pon boleh la bace... huhu.. bende ni terbuka.. sape2 pon boleh amalkan..

<3 madu mampu membakar lemak dan menguruskan badan dengan cepat..
<3 madu biasanye dinikmati dengan air, misalnye air panas untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan mengurusakan badan tanpa usaha yang lebih keras..
<3 madu dapat mengawal rasa lapar kita..

 kebiasaannye orang akan bertanye........ :
 bukankah madu itu termasuk dalam golongan gula ?? apakah kemanisan madu itu tidak menambah berat badan ?? mungkinkah kalori dalam madu itu mampu membantu menurunkan berat badan ??

JAWAPANNYA:

madu mengandungi gula, namun gula pada madu tidak seperti gula pasir, dan madu mengandungi vitamin dan mineral.. biasanya untuk mencerna gula, vitamin dan mineral yang tersimpan dalam tubuh yang akan digunakan.. nutrisi ini sangat penting untuk membantu melarutkan lemak dan kolestrol.. jadi,, ketika anda terlalu banyak makan gula yang cenderung akan meningkatkan berat badan bukan hanya kalori,, namun kerana kurangnya vitamin dan mineral.. sebaliknya,, madu sebagai sumber nutrisi yang baik membantu anda dalam mengurangkan berat badan..

sampai sini je lah entri kali ni.. hope bergune untuk korang semua.. ^_^

TIP : BELAJAR SECARA EFEKTIF DAN MUDAH..


Assalamulaikum semua.. 

panda saje je nak bg tip belajar ni.. sebab panda nak kite semua berjaya dalam pelajaran.. panda xkisah la.. sape yang nak ikot tip panda ni ikot la.. klau yang xnak ikot pon xpe.. panda xberkecil hati pon..

sape yang xnak jadi pelajar yang cemerlang and disegani kan.. semua orang pon nak.. panda pon nak.. tapi,, kalau xde usaha mmg xkan dapat la sampai bila2 pon.. pelajaran 2 sangat penting dalam kehidupan kite ni.. so,, ni antara tip belajar secara efektif dan mudah.. :

# BELAJAR BERKUMPULAN..

banyak kelebihan belajar secara berkumpulan ni.. kita dapat bertukar tukar idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama rakan-rakan.. kita juga boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih paham untuk mengajar kita.. dengan cara ni jugak kite akan lebih mudah menerima sesuatu pelajaran itu..

# ATUR WAKTU BELAJAR..

cara membuat jadual adalah dengan sesuaikan jumlah pelajaran yang dipelajari dengan masa luang supaya xmenganggu aktiviti lain.. dengan adanya jadual belajar ni masa kite akan lebih teratur and dapat mendisiplinkan kite..

#  JANGAN HAFAL..

panda xgalakkan korang menghafal ni sebab kite xkan paham pon apa yang kite belajar.. MEMAHAMI apa yang kite belajar 2 lebih baik.. bila kite paham automatik kite akan ingat..

# TEMPAT TENANG..

tempat belajar yang tenang dapat memudahkan otak kite menerima apa yang kite pelajari.. 

# ULANG KAJI PELAJARAN YANG SULIT..

kalau ada subjek yang susah kite nak paham.. kite kene selalu buat ulang kaji..  jangan nak malu2 sangat nak tanye kat cikgu.. ingat "malu bertanye sesat jalan"..

study group dimana-mana je..

okay ni je lah yang panda dapat kongsikan.. hope korang dapat manfaatkan tip ni.. 
walaikumsalam..