Rabu, 1 Jun 2016

CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI SEM 3 STPM

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK ROMPIN khasnya Pengetua Puan Hajah Hawiah Binti Chik dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Norzawati Binti Aziz kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Mohd Zainudin Bin Dahri selaku guru Geografi saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
            Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Sabri Bin Ahmad dan Puan Norini Binti Abdullah jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.
            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Eliza Norshafiqah Hamirah Binti Abdul Hamid dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.
            Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

 1.0 PENGENALAN

            Menurut laman web http://www.fama.gov.my/pasar-tani Pasar Tani yang diperkenalkan adalah tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi Pemasaran yang utama di Negara ini. Pasar Tani diwujudkan bagi meluaskan pasaran hasil pertanian dan memberi peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka. Selain itu, Pasar Tani juga memberi peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih selesa.
Pasar Tani Kuala Rompin merupakan satu nama yang tidak asing lagi kepada masyarakat Rompin. Kebanyakkan penduduk Rompin akan berkunjung ke pasar tani setiap minggu. Tambahan pula, pasar tani ini juga dibuka di kawasan bandar yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Terdapat pelbagai kepentingan pasar tani ini kepada masyarakat.
            Antara kepentingan Pasar Tani Kuala Rompin adalah dapat memudahkan kita serta orang ramai mendapatkan juadah mahupun barangan harian. Hal ini demikian kerana, pasar tani merupakan suatu tempat yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan yang sukar didapati di kawasan lain. Sebagai contoh, makanan yang berasal dari negeri lain seperti kuih putri mandi . Kepelbagaian aneka juadah ini mampu menunjukkan kepelbagaian makanan di Kuala Rompin.
            Selain itu, kepentingan Pasar Tani Kuala Rompin ialah menjadi alternative kedua terpenting dalam mendapatkan sumber bahan mentah. Hal ini demikian kerana, rata-rata mereka di luar sana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing hinggakan tiada masa untuk berulang alik ke pasar setiap hari untuk membeli bahan mentah. Kebiasaannya bahan mentah dibeli dengan kadar yang banyak untuk dijadikan stok di rumah.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1       Mengenalpasti jenis perniagaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.2       Mengkaji faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.3       Mengenalpasti isu yang timbul berkaitan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.4       Menyatakan cadangan untuk menangani isu yang timbul berkaitan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.5       Mengemukakan langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.

3.0 LOKASI KAJIAN

            Kuala Rompin ialah merupakan kawasan pentadbiran daerah Kuala Rompin. Kebanyakan penduduk Kuala Rompin menjalankan aktiviti seharian seperti pertanian dan perikanan. Kuala Rompin juga terkenal dikalangan kaki pancing menyebabkan Kuala Rompin terkenal dengan nama “Bandar Udang Galah”. Hal ini demikian kerana, pantai Kuala Rompin mempunyai keunikan tersendiri seperti cantik dan bersih. Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran menyebabkan ramai pemancing dari pelbagai negeri dan juga pemancing dari Singapura datang ke Kuala Rompin. Infrastruktur jalan raya disediakan untuk ke Pasar Tani Kuala Rompin seperti Jalan Dato Ibrahim yang menghubungkan kawasan Bandar Kuala Rompin dengan kawasan Pasar Besar Kuala Rompin. Melalui pemerhatian saya, terdapat juga bangunan-bangunan di sekitar Pasar Tani Kuala Rompin seperti bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pusat latihan Angkat Berat Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rompin. Jarak Pasar Tani ini dari kawasan perumahan penduduk Kuala Rompin lebih kurang 2 kilometer sahaja menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini.
Bentuk muka bumi di kawasan Pasar Tani ini ialah Tanah Pamah menyebabkan aktiviti perniagaan mudah dijalankan. Kawasan Pasar Tani yang dahulunya hutan yang berpaya telah ditebang untuk membina tempat perniagaan seperti Pasar Besar Kuala Rompin dan Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Terdapat sistem saliran yang sistematik dibina di kawasan Pasar Tani ini. Longkang yang dibina mengalir terus ke Sungai Kolek. Kawasan Pasar Tani yang rendah akan menyebabkan berlakunya takungan air ketika hujan lebat. Fenomena banjir dapat diatasi dengan adanya sistem saliran yang mengalirkan air terus ke luar. 

3.1 PETA DAERAH

Peta 1.0 : Peta Daerah Kuala Rompin, Pahang
3.2 PETA KAWASAN KAJIAN

***korang kene lakar peta kawasan kajian

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam penyelidikan ini, penyelidik memperoleh maklumat berbentuk data primer dan data sekunder melalui pelbagai kaedah:

4.1 Data Primer

4.1.1 Pemerhatian
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang pada 2 Jun 2015 mengenai gerai-gerai yang dibuka di sepanjang Pasar tersebut. Penyelidik membuat kaedah pemerhatian ini bersama-sama rakan sekelas yang membuat kajian yang sama seperti penyelidik. Melalui kaedah pemerhatian ini, penyelidik dapat mengetahui lokasi tapak Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu dan dapat mengenal pasti susun atur gerai yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Penyelidik juga telah mencatat bilangan gerai yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin iaitu sebanyak 50 buah gerai.
Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan barangan yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ini ialah makanan, pakaian, mainan kanak-kanak, kosmetik, dan bahan mentah seperti sayur, ikan, dan buah. Penyelidik juga dapat melihat sampah sarap yang bertaburan dan tidak terurus sebaik sahaja tamat sesi jualan Pasar Tani. Sampah sarap ini dibuang oleh para pengunjung dan ditinggalkan oleh peniaga. Selain itu, penyelidik juga dapat mengenalpasti faktor yang menjadi tarikan pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin. Penyelidik juga telah mengambil beberapa keping gambar bagi membuktikan kaedah ini diguna pakai.

4.1.2 Temubual
Temubual telah dijalankan kepada peniaga dan pengunjung. Penyelidik telah menemubual dua orang peniaga dan dua orang pengunjung.  Kaedah temubual ini telah membantu penyelidik dapat mengetahui masalah yang timbul dalam kalangan peniaga dan pengunjung.
Selain itu, melalui kaedah temu bual ini penyelidik telah mengkaji masalah atau isu yang timbul dalam kalangan peniaga dan pengunjung yang hadir. Di samping itu, penyelidik memberi beberapa cadangan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin ini.

Gambar 1.0 : Penyelidik bersama penjual
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 16 Jun 2015
4.2 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan SMK Rompin dan laman web rasmi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Peersekutuan (FAMA) http://www.fama.gov.my/pasar-tani. Penyelidik melayari laman web FAMA untuk mencari maksud pasar tani dan maklumat mengenai pasar tani. Data-data penting termasuklah buku-buku, keratan akhbar dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.

Gambar 2.0 : Konsep Pasar Tani yang diambil dari laman web FAMA.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Jenis perniagaan yang terdapat di kawasan di kawasan kajian.

5.1.1 : Pelan kedudukan gerai dan jenis perniagaan di pasar tani Kuala Rompin, Pahang

**** lakar peta 

5.1.2 Jenis dan bilangan perniagaan dalam bentuk jadual


Berdasarkan jadual 1.0 di atas, pelbagai jenis perniagaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Daripada pemerhatian penyelidik, perniagaan yang dilakukan di Pasar Tani Kuala Rompin ialah penjualan makanan dan minuman, sayuran, baju, ikan, buah. kosmetik, mainan, buku, dan pokok. Setelah dikaji, penyelidik telah merekod semua maklumat dalam bentuk jadual seperti di atas. Penyelidik mendapati bahawa terdapat 50 buah gerai yang menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin tersebut. Gerai makanan merupakan gerai yang paling terbanyak di kawasan Pasar Tani Kuala Rompin ini. Manakala, jenis perniagaan yang paling kurang dijalankan di Pasar Tani ini ialah gerai buku dan pokok iaitu satu buah gerai sahaja.

5.1.3 Jenis dan bilangan perniagaan dalam bentuk graf


Graf 1.0 di atas menunjukkan jenis dan bilangan perniagaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Melalui kajian penyelidik, perniagaan yang paling banyak yang dijalankan di Pasar Tani Kuala Rompin ialah perniagaan makanan dan minuman iaitu sebanyak 22 buah gerai. Contoh perniagaan makanan dan minuman seperti apam balik, bihun sup, air buah-buahan, dan banyak lagi. Jualan pakaian pula mempunyai 8 buah gerai. Terdapat pakaian kanak-kanak dan orang dewasa yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ini. Selain itu, perniagaan sayur-sayuran pula mempunyai 6 buah gerai. Terdapat sayur-sayuran kampung seperti ulam-ulaman yang diperoleh dari kebun berdekatan dan sayur dari Cameron Highland seperti sawi. Pasar Tani Kuala Rompin mempunyai 4 buah gerai ikan. Contoh ikan yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ialah ikan selayang, ikan merah dan terdapat juga udang, sotong dan kepah. Gerai buah pula kurang sebuah daripada gerai ikan iaitu 3 buah gerai. Terdapat buah tembikai, durian, manga dan banyak lagi yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin. Barangan kosmetik juga mempunyai 3 buah gerai yang menjual pelbagai barang kecantikkan dan makanan tambahan. Seterusnya, terdapat 2 buah gerai mainan yang dibuka di Pasar Tani Kuala Rompin. Gerai yang paling sedikit dibuka di Pasar Tani Kuala Rompin ialah gerai buku dan pokok iaitu sebuah gerai.

 5.2 Faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan perniagaan tersebut.

i)          Kepelbagaian barangan dan makanan yang dapat dibeli.

Melalui pemerhatian penyelidik pelbagai barangan dan makanan yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dapat dibeli dengan mudah. Melalui pemerhatian penyelidik para pengunjung juga dapat membuat pilihan kualiti barangan tersebut kerana terdapat banyak gerai yang dibuka. Hal ini akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke tempat yang berlainan. Oleh itu, ramai pengunjung akan ke Pasar Tani Kuala Rompin kerana dapat menjimatkan masa, dapat membuat pelbagai pilihan dan boleh menawar harga untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Selain itu, Pasar Tani Kuala Rompin juga menjual juadah daripada pelbagai negeri seperti nasi dagang yang berasal dari Negeri Terengganu, laksa Peneng dari Pulau Pinang dan banyak lagi. Pasar Tani ini juga terdapat peniaga yang menjual barangan kosmetik, barangan mainan, pokok, dan pakaian. Masyarakat kampung yang datang ke Pasar Tani Kuala Rompin ini boleh membeli pelbagai jenis benih anak pokok untuk dibawa balik dan ditanam kerana terdapatanya gerai menjual pokok. Contohnya, anak pokok orkid, cili, rambutan dan banyak lagi. Bekalan bahan mentah yang diperoleh dari kawasan sekitar membuatkan bahan mentah seperti ikan, sayur dan daging dalam keadaan segar dan berkualiti. 

Gambar 3.0 : Ikan yang segar dan mempunyai pelbagai pilihan
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 2 Jun 2015
ii)         Harga barangan yang lebih murah dan kualiti yang lebih baik dan segar.

Barangan basah seperti ikan kebanyakannya dalan keaadaan yang segar dan baik. Hal ini demikian kerana, ikan-ikan yang dijual baru sahaja diangkut dari jeti perikanan yang berdekatan dengan kawasan Pasar Tani ini. Harga yang berpatutan turut ditawarkan kepada pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin menyebabkan ramai pengunjung dari Kuantan atau Singapura yang singgah ke Pasar Tani Kuala Rompin untuk membeli barang. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual juga segar dan berkualiti. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan sayuran diperoleh dari pekebun di sekitar kawasan Kuala Rompin. Pengunjung yang baru sampai akan berasa teruja kerana pelbagai pilihan barangan yang segar dan murah boleh dibeli oleh mereka. Sebagai contoh terdapat udang galah atau pelbagai ikan sungai yang segar seperti ikan baung, keli, tapah dan banyak lagi.

Gambar 4.0 : Buahan yang dijual dengan harga yang murah
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 2 Jun 2015
iii)        Cuaca yang baik.

Faktor cuaca yang baik menyebabkan ramai pengunjung akan datang ke Pasar Tani. Melalui pemerhatian penyelidik, cuaca yang baik akan menarik ramai pengunjung hadir ke Pasar Tani Kuala Rompin. Waktu operasi Pasar Tani Kuala Rompin ialah dari 4 petang sehingga 7 malam. Pada waktu begini cuaca di kawasan Pasar Tani tersebut selalunya redup dan tidak begitu panas. Hal ini menybabkan, pengunjung selesa untuk membeli dan berjalan di sekitar kawasan Pasar Tani tersebut.
Selain itu, Pasar Tani Kuala Rompin mempunyai kawasan yang terbuka dan terdapat tiupan angin membuatkan pengunjung bertambah selesa membeli disini. Kajian penyelidik mendapati ketika hari hujan, pengunjung kurang datang membeli di Pasar Tani kerana keadaan yang kurang selesa, Hal ini menyebabkan peniaga kurang mendapat pendapatan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, cuaca yang panas akan meningkatkan keuntungan penjual air kerana pengunjung berasa dahaga pada cuaca yang panas.


5.3       Isu yang timbul berkaitan dengan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.

5.3.1    Isu yang timbul berkaitan dengan peniaga di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.

i)          Wujud persaingan antara peniaga.

Masalah yang timbul di kalangan peniaga di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang ialah wujudnya persaingan antara peniaga. Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian penyelidik kebanyakan peniaga menjual barang yang sama contohnya gerai sayur yang bersebelahan menjual sayur yang sama seperti sawi, kangkung, kubis dan pucuk serai kayu. Oleh itu, pendapatan yang mereka peroleh bergantung kepada pemilihan gerai oleh pengunjung. Pengunjung dapat membuat pilihan barang atau makanan yang hendak dibeli mengikut kualiti dan kesedapan. Penjual yang menjual barangan yang berkualiti akan menarik lebih ramai pembeli. Selain itu, permintaan yang berkurangan disesebuah gerai sedangkan penawaran barang agak banyak menyebabkan peniaga akan mengalami kerugian.

Gambar 5.0 : menunjukkan persaingan jenis-jenis jualan antara peniaga
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 2 Jun 2015
ii)         Bekalan bahan mentah yang tidak menentu.

Isu yang timbul dalam kalangan peniaga yang diperoleh daripada temubual penyelidik ialah bekalan bahan mentah yang diterima tidak menentu. Hal ini demikian kerana, ketika musim hujan atau tengkujuh bekalan bahan mentah sukar diterima seperti bekalan ikan dan sayuran. Bekalan bahan mentah juga mungkin berlaku kerosakan dan kualiti yang kurang akibat sayuran yang ditenggelami oleh air sewaktu musim tengkujuh. Selain itu, sayuran tradisional seperti pucuk paku, keladi, dan pucuk ubi juga sukar diperoleh kerana sebahagian daripada kebun-kebun yang ada telah diusahakan dengan kebun kelapa sawit. Penawaran yang sedikit menyebabkan harga sayuran tradisional tersebut menjadi mahal tidak standing dengan kualitinya.

5.3.2    Isu yang timbul berkaitan dengan pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.

i)          Kesesakan jalan dan laluan di Pasar Tani.

Masalah yang timbul dalam kalangan pengunjung yang telah penyelidik kaji melalui kaedah pemerhatian dan temubual ialah masalah kesesakkan jalan masuk utama ke Pasar Tani dan laluan sepanjang Pasar Tani tersebut. Kesesakkan di jalan utama masuk ke kawasan Pasar Tani adalah disebabkan oleh kenderaan yang banyak ingin memasuki kawasan Pasar Tani tersebut. Jalan masuk utama yang sempit menyebabkan kenderaan terpaksa beratur untuk masuk dan keluar. Keadaan jalan dan laluan menjadi sesak oleh kenderaan dan pengunjung selalunya berlaku sekitar pukul 5 petang sehinggan 6 petang. Selain itu, laluan sepanjang Pasar Tani juga akan menjadi sesak apabila kenderaan peniaga yang datang lambat untuk berniaga meletakkan kenderaan mereka ditengah laluan pasar untuk mengangkut barangan jualan. Para pengunjung terpaksa melalui jalan yang sempit bagi meneruskan pembelian mereka.

Gambar 6.0 : Peniaga meletakkan kenderaan di laluan pengunjung
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 16 Jun 2015

ii)         Pencemaran bau asap jualan makanan.
Selain itu, masalah bau dan asap daripada aktiviti memanggang makanan seperti satay, ayam golek, satar, otak-otak dan banyak lagi. Bau asap ini menyebabkan pengunjung tidak selesa untuk membeli di situ. Asap yang banyak juga akan memungkinkan orang yang mempunyai masalah pernafasan akan sukar untuk bernafas. Selain itu, asap tersebut juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
Gambar 7.0 : Asap jualan makanan
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015

5.4       Cadangan untuk menangani isu yang timbul dan mengemukakan langkah untuk menarik lebih banyak pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.

5.4.1    cadangan untuk menangani isu yang timbul dalam kalangan peniaga di Pasar Tani Kuala Rompin.

i)          Menghadkan pengeluaran lesen berniaga terhadap perniagaan yang menjual barangan yang sama.

Kajian yang telah penyelidik lakukan mendapati bahawa peniaga mengalami masalah persaingan antara peniaga-peniaga lain kerana mereka menjual barangan dan makanan yang sama. Penyelidik berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi jika pihak Majlis Daerah Rompin (MDR) menghadkan pengeluaran lesen kepada peniaga yang ingin berniaga barangan yang sama di Pasar Tani Kuala Rompin ini. Hal ini demikian kerana, kurangnya peniaga yang menjual barangan dan makanan yang sama dapat mengelakkan berlakunya persaingan antara peniaga-peniaga.

Gambar 8.0 : Kurang peniaga yang menjual barangan yang sama

ii)         Membuat persediaan awal sebelum musim tengkujuh.

Selain itu, masalah bekalan bahan mentah sukar didapati sewaktu musim tengkujuh dapat dielakkan dengan membuat persediaan sebelum berlakunya musim tengkujuh. Penyimpanan ikan-ikan yang dibekukan untuk musim tengkujuh haruslah dilakukan supaya peniaga dapat berniaga ikan seperti biasa. Penyimpanan ikan-ikan haruslah diperbanyakkan sebelum musim tengkujuh bagi mengelakkan berlakunya kenaikkan harga ikan. Hal ini demikian kerana, bekalan ikan yang mencukupi dapat mengurangkan peningkatan harga sewaktu musim tengkujuh setimpal dengan kesegaran ikan tersebut. Selain itu, Peniaga juga haruslah mendapatkan bekalan sayur daripada daerah lain yang berdekatan untuk memenuhi permintaan penduduk. Pengusaha juga digalakkan memperbanyakkan kawasan tanaman sayur-sayuran.


5.4.2    Cadangan untuk menangani isu yang timbul dalam kalangan pengunjung   di Pasar Tani Kuala Rompin.

i)          Membesarkan jalan masuk utama dan laluan sepanjang Pasar Tani Kuala Rompin.

Setelah tinjauan dilakukan oleh penyelidik, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin antaranya ialah masalah kesesakkan jalan utama masuk ke Pasar Tani dan kesesakan laluan sepanjang Pasar Tani. Hal ini dapat diatasi sekiranya jalan masuk utama dan laluam sepanjang Pasar Tani diperbesarkan. Selain itu, Peniaga tidak seharusnya meletakkan kenderaan mereka dilaluan para pengunjung. Peniaga yang datang lewat seharusnya meletakkan kenderaan mereka dibelakang gerai mereka untuk memberi ruang yang luas kepada pergerakan pengunjung. Susun atur gerai juga harus diubah supaya para peniaga dapat meletakkan kenderaan mereka dibelakang gerai mereka untuk memudahkan barang jualan diangkut ke gerai. 

Gambar 9.0 : Laluan sepanjang Pasar Tani dibesarkan dan susun atur gerai di Pasar Tani.

5.5       Langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin.

i)          Membuat promosi.

Penyelidik telah mendapati pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin. Antara langkah yang dapat dilakukan ialah membuat promosi. Pihak Majlis Daerah Rompin (MDR) membuat promosi melalui media massa seperti membuah hebahan di radio Pahang dengan memberitahu keistimewaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin atau mengedarkan risalah mengenai Pasar Tani Kuala Rompin untuk menarik lebih ramai pengunjung.

ii)         Kempen menurunkan harga.

Selain itu, Pasar Tani Kuala Rompin juga boleh mengadakan satu hari dengan harga yang rendah. Hal ini akan menyebabkan ramai penduduk Kuala Rompin akan tertarik dan akan datang hadir membeli barangan di Pasar Tani Kuala Rompin.

Gambar 10.0 : Kempen menurunkan harga barang.

iii)        Membuat persembahan kebudayaan.
Di samping itu, Pertunjukan persembahan kebudayaan juga boleh dilakukan di Pasar Tani Kuala Rompin untuk menarik ramai pengunjung. Persembahan kebudayaan ini boleh dilakukan sebulan sekali bagi memeriahkan suasana di Pasar Tani. Persembahan ini dapat membantu anak-anak muda mengenali dan mengetahui tarian atau cerita rakyat Negeri Pahang mahupun negeri-negeri seluruh Malaysia.

Gambar 11.0 : Persembahan kebudayaan

6.0 KESIMPULAN

           Melalui kajian yang dikaji penyelidik dapat mengenali konsep Pasar Tani dengan lebih menyeluruh. Penyelidik juga dapat mengetahui jenis gerai-gerai yang dibuka di kawasan Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang. Melalui kajian ini penyelidik dapat mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke Pasar Tani iaitu kepelbangaian barangan dan makanan, harga barangan yang lebih murah dan kualiti yang lebih baik dan cuaca yang baik. Melalui kajian ini penyelidik juga dapat mengetahui beberapa masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin seperti masalah persaingan antara peniaga, bekalan bahan mentah yang sukar didapati oleh peniaga, kesesakan laluan di Pasar Tani dan ketikdakselesaan kerana asap dari makanan yang dibakar. Namun demikian penyelidik dapat mencari beberapa cadangan untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan aktiviti peniaga dan pengunjung di Pasar Tani tersebut. Antaranya ialah Pihak Majlis Daerah Rompin (MDR) menghadkan pengeluaran lesen perniagaan, peniaga membekukan ikan untuk membuat penyimpanan sewaktu musim tengkujuh, dan memperbesarkan laluan di Pasar Tani. Seterusnya, penyelidik juga memberi beberapa langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin dengan membuat promosi, membuat kempen menurunkan harga barang dan membuat persembahan kebudayaan.
            Saya merasa bertuah dan bangga tinggal di Kuala Rompin, Pahang kerana di kawasan ini terdapat kegiatan perniagaan pasar tani yang menjadi tumpuan penduduk sekitar pada setiap hari selasa. Dengan adanya perniagaan pasar tani, taraf hidup penduduk di kawasan kajian semakin baik dan masa depan penduduk lebih terjamin kerana banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Peniaga Pasar Tani Kuala Rompin juga sangat rajin bekerja dan gigih berusaha mencari rezeki.  



7.0 RUJUKAN


-          Pengunjung
§  Sarinah Binti Ghazali
Suri rumah
Sepakat
§  Norman Bin Mohamad
Guru Sekolah Kebangsaan Rompin
Kampung Banjir, Simpang Sepayang
-          Peniaga
§  Sufian Bin Ahmad
Peniaga Ikan
Bandar Lama Kuala Rompin
§  Salmah Binti Mat Hussin
Peniaga Murtabak
Sungai Puteri

 LAMPIRAN

Gambar 12.0 : Penyelidik bersama rakan sekelas di kawasan kajian.
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
Gambar 13.0 : Penyelidik bersama rakan sekelas dan Pegawai Alam Flora di Kaunter Aduan Bergerak Pasar Tani Kuala Rompin.
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 16 Jun 2015
Gambar 14.0 : Penyelidik di gerai makanan di Pasar Tani Kuala Rompin
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
Gambar 15.0 : Pengunjung yang ramai di Pasar Tani Kuala Rompin
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015


Semoga dapat membantu adik2 sekalian menyiapkan kk geografi korang sebelom habis cuti sekolah nii.. huhuh..
buat siap2 nanti dah xpayah nk pikir..
jangan copy 100% tau!!!

^_^
Catat Ulasan