Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2018

ASSALAMUALAIKUM KERAJAAN BARU

Assalamuailaikum semua..
anda semua berpuas hati dengan keputusan
PRU14 kalini??

semua ada pilihan masing2..
semua pon dah selamat jalankan tanggungjawab kan..


tahniah kepada YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
kerana diberi peluang untuk menjadi PM untuk kali kedua..
semoga dengan kepimpinan baru ni..
negara Malaysia lebih maju..

selamat menjalankan tanggungjawab ini dengan ikhlas dan jujur..
dan tepati segala manifesto yang telah ditaburkan..

sebahagian manifesto

saya wakil dari pelajar kesihatan KKM
ingin memohon agar TUN MAHATHIR 
dpt memberikan pekerjaan kepada kami semua 
setelah tamat sahaja tempoh latihan kami..
dan kami tidak perlu menunggu giliran yang begitu lama 
sehingga mencecah satahun menganggur..
sekian,

^_^

Isnin, 5 Mac 2018

AKU LEMAH


Ya Allah,
Aku mohon agar engkau tidak menemukan jodoh yang salah buat diriku..
Jauhkan lah aku drpd insan yang tidak inginkan aku menjadi permaisuri hatinya..
Kerna aku lemah..
Aku terlampau mudah memberi kasih sayang..

Jumaat, 19 Januari 2018

KESALAHAN



Kesalahan,
tanpa tersedar aku telah lukai hati..
silap yang terjadi tanpa sedari
mahu ku undurkan masa
supaya silapnya tidak terjadi..

Kesalahan,
mampukah aku tebus silap itu..
mampukah aku ubati luka itu..

Kesalahan diri ini..
yang aku kesali..


Maaf, kerna aku yang bersalah..

Ahad, 6 September 2015

" DEMIKIANLAH PEREMPUAN "

DEMIKIANLAH PEREMPUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

" Demikianlah perempuan, 
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri
kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya. "

ritu dok scroll twitter ttbe terprasan sorang nii tweet gambar tu..
panda ap lagii.. terus laa retweet.. heheh

serius deep ayat nii..
Tapi, bila dok pikir2 balik.. 
ad betulnya.. 
Panda selalu laa jugak sakit hati dgn ap yang org buat.. 
Tapi, xterpikir la plak.. ap kesalahan yg kita penah buat kat dy..

Ayat ni xtuju kat sapa2..
Hanya untuk kesedaran diri sendiri..
Jangan terlampau salahkan org..
Sebab kita payah nak ingat salah kita..
Tapi,, kita ingat salah org..
mcm tu lahh sebaliknya.. 

So, kat sini panda nk minx maaf laa kat sapa2 yang panda ad wat salah..
Maaf sangat2.. 

Jumaat, 4 September 2015

KEADAAN YANG SUKAR DIFAHAMI


Assalamualaikum..

Selalu dengar orang cakap.. 
makin besar, makin banyak cabaran yang akan kita terima..
dulu, xpenah rasa takot untuk hidup..
perasaan ni berkobar2 nak cepat2 besar.. 
Tapi,, bila umur makin meningkat.. 
Semakin berat dugaan yang terima.. 
Semakin kenal manusia..
Semakin risau nak hidup di dunia..
Mula rindu zaman kanak-kanak.. 
Riang gembira tanpa pikirkan masalah..

aduhhh,, ttbe plak berpuitis yang xbrapa nak puitis sangat nii.. hahhaha
sebenarnye bila dah makin tua nii >-< selalu dok pikir mcm mana nk jaga hati orang nii..
yellah,, skrg ni rasanya semua yang kita buat payah org nak puas hati..
mesti ad yang xkena.. ad je yang nk dikomenkan..
benda2 ni buat panda sikit down.. 
sedih,, 
Kenapa orang selalu nampak salah kita sedangkan mereka pon lakukan benda yang sama..
Bersyukur jugakk,, sebab ad orang sedarkan kesalahan kita tu.. 
walaupon orang tu xsedar yang dorang pon buat bende yang sama..

Berdiam,,
tu yang selalu panda buat..
biarkan mereka berkata..

Semua manusia ni buat salah..
Xde yang sempurna.. 
Bukan nak kata diri ni baik.. 
Tapi tegurlah dengan cara yang baik..
Bukan memarahi.. menghina.. mencemuh..
Kita manusia biasa.. 
Penuh dosa..

Sabtu, 30 Mei 2015

SEKALI LAGI TAKDE REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bad news..
sekali lagi gagal.. 
sekali lagi impian tu punah..
sekali lagi kecewakan mak abah..
sekali lagi menangis..


Takde rezeki nak sambung blajar kat IPG..
mungkin panda bukanlah seorang GURU.. 
mungkin menjadi seorang GURU bukan bidang panda..

Mencari semangat untuk teruskan form 6..
Walau penuh dugaan yang hadapii..
Mungkin jasa dan bakti panda belum tamat 
di SMKRompin..
Belajar menerima takdir..
Takdir yang tidak menyebelahi panda..
Semoga HATI kuat.. 
:'(

Isnin, 4 Mei 2015

BENCI PERASAAN NII..



KAU dan AKU bodoh..
Tidak berani menyatakan hasrat hatiii..
Hanya berani memandang sesama sendiri.. 
Membiarkan hati berbicara sendiri..

AKU benci perasaan nii..
Cik hati terlampau mudah untuk jatuh..
Jatuh ke hatimu.. 
Hati yang tidak pasti perasaannyaa.. 
Pengalaman membuat aku takot..
Takot untuk berterus terang..
Takot akan kehilangan..
Takot dilukai sekali lagii.. 
Takot untuk jatuh lebih dalam..

Biarlah AKU berdiam..
Membiarkan rasa yang tidak pasti betulnya.. 
Membiarkan masa menentukan segalanya.. 
Membiarkan takdir menjawab sengala persoalan..