Khamis, 1 Mei 2014

FAKTA : FADILAT REJAB..



hari ni dah masok bulan rejab.. kalau korang nak tahu bulan rejab ni banyak fadilatnye.. so, baik kite manfaatkan bulan rejab ni dengan sebaik baiknye.. erm,, panda pon ambik kesempatan nak tulis pasal fadilat rejab ni supaya korang xterlepas mengumpul pahala dalam bulan rejab ni.. alhamdulillah,, 1 rejab ni panda dapat puasa tanpa dihalang dengan pape pon.. hihi.. 

ANTARA FADILAT REJAB :
* rasulullah bersabda : "puasa sehari pada bulan rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.."
* rasulullah bersabda : "puasa tiga hari dalam bulan rejab, dijadikan parit yang panjang yang       menghalangkan dia ke neraka.." (panjangnya parit setahun perjalanan.)
* rasulullah bersabda : "puasa bulan rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu,   dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat." 
* rasulullah bersabda : "puasa pada awal rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
* rasulullah bersabda : "orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti.."
* rasulullah bersabda : "puasa tujuh hari dalam bulan rejab akan ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.."
* rasulullah bersabda : "sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kedukaan orang mukmin pada bulan rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam janatul firdaus.."
* rasulullah bersabda : "sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian siratulmustaqim.."


so, panda harap korang dapat gunakan bulan rejab ni dengan sebaik-sebaiknya.. kumpul pahala banyak2 okay.. erm,, sape yang belom ganti2 lagi puasa yang tahun lepas tu lekas-lekas la ganti.. dah rejab dah ni.. huhu.. hope uoolls enjoy and dapat pengetahuan baru daripada entry panda kali ni.. ^_^

Tiada ulasan :