Sabtu, 30 Mei 2015

CONTOH RUMUSAN KERJA KURSUS P.AM

6.0 RUMUSAN

6.1 Pengenalan

            Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui adat-adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat melayu di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengkaji adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu dan mengenalpasti sejauhmanakah adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu masih diamalkan di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

            Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.

6.2 Kaedah kajian dan demografi responden

            Terdapat 4 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual , kaedah rujukan dan kaedah pemerhatian. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, seramai 30 responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 9 orang lelaki dan 21 orang wanita telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakkan daripada kalangan umur 41-50 tahun. Manakala pengkaji juga telah menemu bual 2 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.

            Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temubual, aspek penganalisisan data,  dan pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis

6.3 Adat-adat yang masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang

            Setelah mengumpul data terdapat enam adat yang masih diamalkan daripada lapan adat selepas kelahiran. Adat-adatnya ialah adat menanam uri, adat memberi nama, adat membelah mulut, adat mencukur jambul, adat naik buai, dan bersunat. Data ini diperoleh daripada hasil jawapan dari borang soal selidik yang dijawab oleh penduduk Kampung Simpang Sepayang.


6.4 Kesimpulan

            Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat 8 adat selepas kelahiran bayi yang diamalkan oleh masyarakat melayu. Antaranya ialah adat menanam uri, memberi nama, mencuci lantai, membelah mulut, mencukur jambul, naik buai, menjejak tanah, dan bersunat.

            Selain itu, adat-adat selepas kelahiran bayi yang masih lagi diamalkan sehingga kini adalah adat menanam uri, memberi nama, membelah mulut, naik buai, mencukur jambul dan bersunat. Manakala adat mencuci lantai dan jejak tanah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat melayu di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.



Catat Ulasan