1.0 PENGENALAN
Masyarakat melayu merupakan
masyarakat yang unik dari pelbagai segi seperti kaum, agama, kepercayaan
mahupun adat. Masyarakat melayu mengamalkan pelbagai adat dari segi kelahiran
sehinggalah adat selepas kematian.
Menurut buku Tamadun Melayu dan
Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz Deraman, adat itu adalah satu
daripada perkara baharu yang lahirnya mengikut cara berfikir sesuatu bangsa
itu, tambahannya lagi peraturan yang dijelmakan melalui adat resam, lembaga,
tradisi, nilai budaya, kepercayaan dan peralatan-peralatannya telah dapat
menggambarkan sesuatu penyata kehidupan manusia itu sendiri. Adat merupakan
perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab, dengan makna kebiasaan.
Namun dalam konteks masyarakat dan budaya melayu, dan alam melayu, perkataan
adat telah menjadi istilah dengan mengandungi makna yang meluas dan mendalam,
sehingga secara tradisional ia dapat disamakan dengan kebudayaan. Ia dapat
dianggap sebagai asas sistem sosial dan kebudayaan melayu. Tanggapan ini dapat
dilihat pada penggunaan konsep adat dalam karya-karya sejarah, perundangan dan
bahasa sastera lama dan juga dalam penggunaannya dalam kalangan kelompom
masyarakat rumpun melayu yang masih tradisional.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
kelahiran merupakan perihal yang keluar daripada kandungan ibu iaitu anak.
Anak atau zuriat merupakan satu
kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap
pasangan suami isteri. Bagi masyarakat melayu yang rata-ratanya beragama
islam, setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing. Oleh itu,
setiap kelahiran perlu disyukuri.
Dalam konteks ini, masyarakat melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.
Adat-adat tersebut bukan sahaja sekadar amalan mahupun kepercayaan malah setiap
adat tersebut mempunyai kebaikannya tersendiri samada kepada ibu mahupun kepada
bayi. Sebagai contoh, adat memberi nama mampu membentuk peribadi bayi tersebut.
Jika maksud nama yang diberikan adalah mulia, maka bayi itu akan menjadi
seorang yang mulia dewasa kelak. Namun, nama yang tidak sesuai diberikan kepada
bayi, kesan buruk akan menimpa kepada bayi tersebut seperti mudah mendapat
penyakit. Oleh itu, penukaran nama perlulah dibuat dengan segera untuk mengelak
kesan negatif berlaku terhadap bayi tersebut.
Adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat
melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti adat cuci lantai atau tanggal
pusat, menanam uri, memberi nama, membelah mulut, cukur jambul, naik buai,
jejak tanah dan bersunat atau berkhatan.
Adat Selepas Kelahiran Bayi
Adat selepas kelahiran bayi ialah
memberi nama. Nama yang diberikan kepada bayi haruslah mempunyai maksud yang
baik supaya bayi tersebut tidak akan terpengaruh dengan aktiviti negatif apabila dewasa kelak.
Selain itu, adat membelah mulut.
Adat membelah mulut juga dilakukan untuk menjaga tutur kata bayi tersebut. Oleh
itu, adat ini dilakukan oleh orang-orang yang baik tutur katanya.
Seterusnya, adat cukur jambul
diadakan pada hari ketujuh kelahiran. Adat ini sering diadakan bersama adat
yang ke enam iaitu adat naik buai. Adat cukur jambul ini dilakukan untuk
membuang rambut-rambut bayi yang baru lahir. Adat ini juga bertujuan untuk
memperkenalkan anak pasangan tersebut kepada ahli keluarga dan sahabat mereka.
1 ulasan :
Terima kasih, izinkan saya mengguanakan idea ini. Nah nugget
Catat Ulasan