Khamis, 31 Disember 2015

Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen

Jubah konvo Prau SMKR
Assalamualaikum dan Selamat Petang korang..

Sorry sebab xbgtau korang plan panda yang ni.. 
sengaja panda rahsiakan.. xnak org tau.. hihihi..

Time panda konvo ritu.. Datuk Hassan ad buat Contest..
( nak tau pasal konvo panda boleh klik -- > throwback convocation day )
"Karangan tentang Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen"
katanya dia nk tau ap disebalik simbol jubah and topi nii..
knp time konvo je org pakai.. 
so, dy pon buat la contest nii.. sape dpt buat yg terbaik..
dy bagi 1K.. 

sape xnk 1K dengan buat bende ni je kan.. so, panda pon join laa,, 
tapi, sayang xsempat nak buat banyak research sbb panda kene panggil training tu..
so, panda hantar yang mana sempat buat je laa..
redha je.. kalau ad rezeki dpt la kan.. 
harini 31/12/2015 tarikh tutup contest tu..
okay,, xnak ngomel banyak2 sangat.. 
korang bacalah sendiri kalau nak tau.. hihi
^_^
-
-
-
-
-

1.1 Konvokesyen

            Konvokesyen atau majlis penyampaian ijazah merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan “konvokesyen’’ berasal dari perkataan Bahasa inggeris “convocatian’’ yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah “sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas’’). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampaian ijazah ini, yang paling terkenal ialah lontaran topi siswazah ke udara.

            Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis uatama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap falkuti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan , di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Terdapat juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.

2.2 Asal usul pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen

Sepanjang kajian saya melalui pembacaan di internet, ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang mana merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Tetapi pada hakikatnya, ramai yang silap mengenai tradisi islam ini terutamanya tradisi keilmuan islam generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan mereka tersalah faham mengenai pemakaian jubah konvokesyen ini berasal dari negara Barat.

            Menurut Dr. Alfifi Al-Akiti seorang Pensyarah di Felo Pengajian Islam Universiti Oxford, Uk melalui wawancara di Sudut Pandang Astro Awani, kata beliau sebenarnya pemakaian jubah dan mortar board (kopiah, songkok, dan lain-lain) di dalam majlis istiadat konvokesyen itu merupakan cetusan idea yang di inspirasikan oleh para ilmuan islam terdahulu. Gaun konvo itu adalah jubah. Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mempunyai warna yang berlainan adalah bertujuan membezakan antara orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana apabila ingin membacakan hadis kepada pendengar. Hal ini membuktikan bahawa kepelbagaian rekaan dan warna jubah mempunyai makna tersendiri mengikut institusi pengajian. Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doctor falsafah.

            Mortar board itu sebenarnya seperti mereka memakai penutup kepala (kopiah atau songkok) kemudian di atasnya akan diletakkan Al-Quran dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah (Kini Al-Quran tersebut digantikan dengan lapisan tebal berbentuk segi empat). Pemakaian sedemikian menjadi simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. Jadi, perbuatan membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvokesyen adalah tidak beradap dan tidak menunjukkan budaya ilmu.

            Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan Al-Quran di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang mamakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya.

            Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini. Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat mesra antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

            Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu. Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah adalah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. Jadi, kita sebagai penuntut ilmu haruslah terus menjaga tradisi ini dengan baik.

okayy,, tq sebab baca..
kalau korang nak tau lebih lanjut..
korang boleh la search sendiri ye..
ni je yg mampu panda buat..
harap2 dpt la 1K tu.. huhu
aaminn..
^_^

Selasa, 29 Disember 2015

10 Hari Jobs Training

Jentayu Kopitiam
Assalamualaikum korang.. 

wahhh,, panda keje ap ni?? sampai kene pegi training bagai.. 
ad yg tertanye2 mcm tu x??

entry sebelom ni panda ad bgtau korang yg panda nak cri keje kan.. so, satu hri nii panda pusing2 la 1 bandar Rompin nak cari keje.. tapi, 1 pon xdok.. pnt je yg dpt.. hmmm
last2,, pegi lepak kedai membe.. mengadu lahh tgh cari keje..kot2 mak dy nak bg keje.. tp dy dah ckup pekerja.. mak dy suggest panda minx keje kat kedai makan yg baru nak bukak kat area situ..
Serius kedai makan lahh yg panda mmg xnk keje.. dah tau kompom pnt.. tp, sbb xde pilihan lain.. panda pon ambik la no. tel kedai tu.. 

Dlm malam tu.. panda msj no. phone tu kata nk keje.. 
ttbe dy suruh dtg esok untuk interview.. 
What?? interview?? 
aku nk jadi waiters je pon.. perlu ke nk kene iv bagai??? panda dah la meluat dgn iv2 nii.. hahha.. korang tau kan panda dah slalu pegi iv tp xpnh dpt.. tu yg mcm agak cuak pluss pelik.. 
kedai makan.. ad iv nk minx keje.. x ke pelik?? hahaha

tapi,, sbb niat nak keje punya pasal.. panda pegi laa iv tu..
dlm beberapa hri lepas tu.. org tu call suruh pegi training kat Muadzam.. 
punya lahh ssh nk minx izin abah.. sbb abah ckp kat Muadzam ni bahaya.. 
mcm2 kes ad.. tp lepas minx nangis2 bagai (over) abah bg jugakk.. :D
almaklumlahh.. anak manja dy nii xpenah berjauhan.. 
mmg susah laa nk lepaskan panda pegi.. huhu.. >_<

Sepanjang 10 hari kat Muadzam tu ad la panda tulis ap yg jadi setiap hari dkt memo phone panda.. tapi xdelahh hari2.. ad hari yg xtulis jugakk sbb dah pnt sangat.. so, bacalahh diari yg xrahsia sangat nii.. hehehe.. 

15.12.2015 (hari pertama)
Best sbb harini panda dpt kenal ramai kawan baru.. lg best sbb budak2 yg training sekali dgn panda tu sekepala dgn panda.. so, xde la rasa janggal sangat.. duduk sebilik pon okay.. xde masalah..
Hari First budak baru biasalah.. Panda kene buli dengan pekerja kat sini..
" Leman " dialah yang buli panda.. mana je dia pegi panda kene ikot dy.. serius geram gile.. 
Tapi panda cuba positive kan ap yang dy buat tu semua supaya panda cepat belajar.. 
So, panda buat jelahh ap yang dy suruh tu..
"Kak Lina" first2 nampak dy serius panda ingat dy ni jenis kerek pluss garang.. sbb senyum pon xnak.. mula2 laa,, bila dah lama2 siap gelak2 lagi dgn dy.. Kak Lina nii kire Boss panda kat area floor nii.. 
First day panda dah wat mistake.. tumpahkan air time hantar kat customer.. 
kite tengah debar sbb hari first.. pastu air plak tumpah.. xpayah ckp la cuak dy tu mcm mne.. 
Malu gile dgn customer.. nsib baik laa dy ni baik orgnye,, xde marah2.. lepas2 tu xbrani dah panda nk pegang dulang air tu hantar kat customer.. hahaha..
Baru2 nk start ni biasa laa.. sakit kaki tu xpayah ckp laa.. dah la ramai customer.. pastu nak duduk plak segan..tkot dicop pemalas.. huhuhu.. pape pon panda Happy rini sbb dpt pengalaman baru..

16.12.2015 (hari kedua)
Harini panda dah start ambik order.. setakat harini xsalah lg lahh ambik order.. 
cuma keliru nak buat bil untuk dapor western.. dah la panda ni jenis lembab sikit.. hahaha
ramai plak org dtg.. tu yg bertambah pening nk tulis order.. 
Harini panda dtg awal.. opening.. 
pagi2 lagi dah kene pisau time potong kertas2 order.. haishh apalah nasib kau.. sikit je luka tu tp kluar darah jugak lahh.. pedih bile kene air.. hmmm bad luck today.. hahah
nasib baik Leman ni baik hati belikan handyplast.. tp sekejap je panda pakai.. rimas pluss xnk org tau yg jari luka sbb potong kertas order.. malu kot.. buat keje senang pon xboleh harap..

17.12.2015 (hari ketiga)
Harini panda masok lambat.. pkol 12.30.. sbb ika yg opening rini.. So, dah msok lambat nii balik pon lambat la jgak.. hmmm tang balik lambat tu yg xbest.. harini panda keje mcm biase je.. tp penat dy tu mcm lain mcm sikit.. hahahha.. yang payahnye sbb panda still xkenal menu2 kat sini.. susah nk explain dkt customer bila dorang tanya.. panda dah la lembab nk ingat2 nii.. haishh.. problem bertambah bila banyak menu yg sold out.. dah nk kene ingt yg mana sold out.. jadi panda pon bertambah pening.. hahaha.. kaki sakit gila2 punya rini.. xtau la knp.. sampai kami buat aktiviti berurut beramai2 mlm tu.. hihihi

18.12.2015 (hari keempat)
CUTII!!!!!
hahahha.. happy gile bila cuti.. 
so, kami relax2 je lahh.. sampai lepas Zohor baru keluar cari makan.. Lepastu teman akak2 ni shopping brg2 dorang.. then pegi buat photoshoot kat sebelah kedai.. hahaha..
dah lama usha nk bergambar situ.. hari cuti jugak dpt buat.. :D 
lepas bergambar.. kami pegi karaoke.. 
panda ni manalah pernah msok tmpat2 karaoke semua tu.. selalunya karaoke kat rumah je.. 
so, harini tercatatlah dlm sjrah panda msok pusat karaoke.. hahahha..




19.12.2015 (hari kelima)
"SABTU"
biasanye Kak Lina ckp hari weekend ramai gile org dtg.. Tapi hrini Krikk Krikk.. hahahha
xramai pon org dtg.. sbb budak2 Poli dgn Uniten cuti.. so, kami pon relax2 je lahh.. 
bersyukur gile.. dpt la panda rehatkan kaki kjp.. huhu 

20/21/22.12.2015
Ika kene pegi training dekat Jentayu Grill.. 
so, panda sangatlahh bosan sbb xde geng.. 
malas nk cite pasal keje.. sbb buat mcm biase je.. ad yg salah2 tu biasalah.. 
budak baru belajar.. huhu  >_<

23.12.2015
panda pulak kene pegi training dkt Jentayu Grill..
perghhh.. cara nak serve mmg lain.. banyak plak panda nk kene belajar kat sini.. tp relax sikit drpd Jentayu Kopitiam sbb xramai sangat org dtg.. huhuhu

24.12.2015 (last day)
Last dayy!!.. 
happy tapi sedih sbb nk kene tinggal membe2 yg keje dkt Muadzam nii..
so, mlm ni kami keluar lepak mamak ramai2.. 
Thanks dekat Apis sbb dah blanja panda mlm nii.. 
walaupon mee goreng kat situ xsdp.. hahaha..
lepak2
Walaupon panda xnk tempoh training dipanjangkan.. 
tp sebenarnye panda xnk tinggalkan Muadzam..
sbb banyak pengalaman baru yg panda dpt kat sini.. 
Nanti kite jumpe dkt Jentayu Kopitiam Rompin ye korang2.. 
(Sape yg kene keje kat rompin je lahh dpt jumpe balik..huhu)

^_^

Selasa, 1 Disember 2015

LAST Payyperrr

muka happy dah habis exam... :P

Assalamualaikum.....
Hello korang..!!!

Dah December kan..
Alhamdulillah.. harini panda pon dah hbis exam..
Yeayyyyy!!!
dah xpayah study.. hoho
(buat sementara waktu jelahhh)
hahahhaah
xkan dah xnak blajar kan.. 
minx2 dapat laa masuk U..
aamiin..

okayy,, so, lepas habis exam nii mcm2 yang panda rancang nak buat..
Firstly opkos la panda nak keje..
nak cari duit buat bekalan kalau2 dpt sambung blaja nanti..
xpayah laa susahkan mak abah sangat kan.. huhu

sambill2 tu panda tolong Cikgu Zakiah untuk type balik soalan2 ekonomi 
dari tahun 2013 sampai 2015 punya.. 
Mulanya dengar mcm susah je kan.. nk kene type balik soalan2 tu.. hmmm
tapi panda mmg suka dok depan lappy pastu menaip..
so panda pon angkat tangan setuju nk tolong cg.. heheh

next plan blom ad lg... 
buat sementara nii tu je projek yg bakal panda buat..
tp xpe,, nanti panda akan update setiap projek yg panda akan buat..
in shaa allah.. 

^_^