Selasa, 29 Julai 2014

RAYA KEDUA!!

Assalamualaikum...

raya kedua ni panda beraya dengan huda , kinah n cu are.. walaupon homework tinggi bergunung raya tetap raya okay.. huhu..

tapi pegi rumah kami berempat je la.. yang lain semua pakat bzy.. 

so, ni la pic kami yang sempat kami ber selfie.. hohoho



comell kan panda... hahhahah... ( prasan ) 
^-^

Isnin, 28 Julai 2014

SALAM 1 SYAWAL!!

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA KORANG!!!!

panda nak mintak maaf kalau selama panda dok wat entry ni ada yang terasa dengan kata-kata panda.. 0-0 ye.. hihihi..

okay,, tahun ni lagi skali family panda xdpt balik kg. alasan yang biasa.. " abah xdapat cuti " .. so, pagi raya tempat yang first skali kami pegi beraya kat balai la mana lagi.. hihihi


okay,, sangat2 bosan kalau raya kat sini.. sebab xtau nak pegi raya kat mana.. duit raya pon sikit je.. membe2 lain blaka balik kg. jiran2 pon xde..

plan untuk beraya kat rumah kesayangan panda 1 syawal xmenjadi.. postpone raya keempat nanti.. in shaa allah jadi.. ^-^

Isnin, 21 Julai 2014

IFTAR 6R2!!


Assalamualaikum.. 
erm,, comel xpanda??? hihiihi.. panda suke gaya tudung yang panda pakai ni.. thanks akak sebab tolong belit belitkan tudung ni kat kepala k.lang.. :) sebenarnye panda cantik2 ( cantik ke?? haha ) kononnye nak berbuke sama2 dengan kesayangan panda.. tapi,, dy plak xdpt datang sebab dy berbuke dekat rumah tok dy.. its okay la.. tahun depan la ye kite berbuke sama.. hoho

okay... agak lari tajuk ni.. hiihi.. erm,, iftar 6r2.. budak kelas 6r2 ni memang buas.. laki ke perempuan ke sama je.. huhu.. so,, bila bincang nak iftar sama2 ni memang kecoh gila.. sorang nak wat kat kedai tu sorang nak wat kat kedai ni.. sorang nak wat hari tu sorang nak wat hari ni.. erm,, memang kucar gile.. last2 wat hari ni... 

ni pon ad jugak yang xdpt datang.. terutamanya kesayangan panda tu la.. hihihi... so, kitorang wat kat kfc je la.. tempat makan best,, sejuk,, selesa sikit nak makan kan.. erm,, satu pic ni je yang panda ad.. xselfie sangat sebabnye semua sibok makan.. huhu..


Sabtu, 19 Julai 2014

MAJLIS IFTAR PRA UNIVERSITI.

Assalamualaikum...

erm,, dah lame nak wat entry pasal majlis iftar pra universiti ni.. tapi busy sangat dengan homework.. so, xsempat la nak wat entry ni.. kesempatan yang ada ni panda saja la nk cite pasal majlis iftar yang semua 6 rendah yang uruskan..

panda xpernah2 terlibat untuk uruskan mane2 event pon sebelom ni.. ttbe je bila masok form 6 kene wat.. erm,, agak kucar kacir pada mulanya.. sebenarnya panda punye tugas juz wat kad jemputan untuk cikgu2.. tapi bila dah bg kat jemputan tu ramai plak cikgu yg menanyakan pasal menu n xbersetuju dgn menu yang kami wat.. so, dengan xsengaja panda pon terlibat dengan pengurusan menu.. 

okay,, korang ingat lagi x membe panda kinah?? dy kene jadi pengecara majlis.. so, panda pon tolong la dy untuk wat teks n jumpa cikgu tanya pendapat.. dah la puasa cube korang bayangkan panda n kinah kene round 1 sekolah nak cari cikgu nak bagi kad jemputan n nk siapkan teks pengecara majlis tu... gila penat n dahaga gila.. tuhan je la yang tahu.. 

yang paling kesian YDP kami.. shahril,, memang dy xduduk diam sbb nak uruskan event ni.. erm,, nasib baik dy seorang yang penyabar.. kalau x,, mmg xkan menjadi la majlis ni..

ni gambar2 yang sempat kami ambik.. hahha,, yang sempat k.. kalau banyak lagi masa mmg lagi bnyak la.. hahahha.. 




erm,, tapi yang xbestnye,, time majlis 2 berjalan.. ada palak suara-suara yang merungut pasal majlis yang kami uruskan ni.. tapi kami wat senyap je.. panda n kinah wat diam je.. malas nak layan.. cube dorang yang uruskan,. nak tengok sikit meletopp ke idokk?? hahhah

sampai sini je lah entry panda kali ni.. saje nak share pengalaman pertama panda uruskan event.. huhu ^-^

Selasa, 17 Jun 2014

TAK DAPAT IPG!!!! :'(



hari ni keputusan IPG keluar... dukacita dimaklumkan yang panda xde dalam senarai... sedeh gile.. membe2 panda semua excited nak tau result sebab dorang yakin yang panda dapat.. so,, kat skolah jgak panda cek result.. tapi xdpt.. sedih gila...

lepas cek panda teros nangis.. tapi sorang dua je lah yang prasan.. panda xsanggup nak bgtau kat abah.. sebab abah panda memang mengharapkan yang panda dapt... panda text bgtau mak yang panda xdpt.. so, balik rumah tdi panda senyap n tros masok dalam bilik..

abah datang bilik tanye yang betul ke panda xdapat.. sambil nangis panda angguk.. abah cakap xpe la nak wat mcm mne dah xde rezeki.. lagi laju airmata ni kluar.. abah cakap lagi jangan pk sangat lah.. fokus kat form 6 je.. lagi and lagi laju... abah keluar dari bilik.. aq tros nangis.. abah masok bilik dy tido.. panda keluar tengok tv dengan mak.. diam je.. pastu panda makan nasi.. lapar kot.. kat sekolah xmkan pon debar dengan keputusan IPG ni punye pasal..

abah bangun tido dy tanye panda... k.lang dah makan nasi?? panda angguk je.. panda tau abah risau panda stress and xnak study betol2 untuk form 6 ni.. lepas tu abah cakap lagi.. teroskan apa yang dah wat ni.. lupakan je yang xdpt ni.. panda nangis lagi.. panda sebak sangat.. abah risau dengan panda.. abah takot panda marah abah sebab abah xbagi panda study kat uitm.. abah,, k.lang okay je.. form 6 ni bukannye xde masa depan.. k.lang janji k.lang akan blajar btol2.. blajar kat mana2 pon sama je.. memang lah pada mulanya panda mmg xdpt trima hakikat yang panda xde dlm senarai.. tapi lepas nasihat2 daripada shabat2 panda.. panda think positif.. 

sekarang ni panda okay je.. panda nak fokus tok stpm ni and study betol2.. panda kene kuat!! sekarang ni panda kene yakin yang panda boleh wat and teros maju ke depan.. chaiiyookk chaiiyookkk.. !!!!