PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK ROMPIN
khasnya Pengetua Puan Hajah Hawiah Binti Chik dan Penolong Kanan Tingkatan Enam
Puan Norzawati Binti Aziz kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya
untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus
ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Mohd
Zainudin Bin Dahri selaku guru Geografi saya. Beliau telah meluangkan banyak
masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja
kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah
memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa saya yang
tercinta, iaitu Encik Sabri Bin Ahmad dan Puan Norini Binti Abdullah jutaan
terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya
sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan baik saya
iaitu Eliza Norshafiqah Hamirah Binti Abdul Hamid dan semua rakan lain atas
kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih
kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik
dan temubual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
1.0 PENGENALAN
Menurut
laman web http://www.fama.gov.my/pasar-tani Pasar Tani yang diperkenalkan adalah tercetus dari
idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar
memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani
sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi Pemasaran
yang utama di Negara ini. Pasar Tani diwujudkan bagi meluaskan pasaran hasil
pertanian dan memberi peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap keusahawanan mereka. Selain itu, Pasar Tani juga memberi
peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan
menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih
selesa.
Pasar Tani Kuala Rompin merupakan satu nama yang
tidak asing lagi kepada masyarakat Rompin. Kebanyakkan penduduk Rompin akan
berkunjung ke pasar tani setiap minggu. Tambahan pula, pasar tani ini juga
dibuka di kawasan bandar yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Terdapat
pelbagai kepentingan pasar tani ini kepada masyarakat.
Antara
kepentingan Pasar Tani Kuala Rompin adalah dapat memudahkan kita serta orang
ramai mendapatkan juadah mahupun barangan harian. Hal ini demikian kerana,
pasar tani merupakan suatu tempat yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan
yang sukar didapati di kawasan lain. Sebagai contoh, makanan yang berasal dari
negeri lain seperti kuih putri mandi . Kepelbagaian aneka juadah ini mampu
menunjukkan kepelbagaian makanan di Kuala Rompin.
Selain
itu, kepentingan Pasar Tani Kuala Rompin ialah menjadi alternative kedua
terpenting dalam mendapatkan sumber bahan mentah. Hal ini demikian kerana,
rata-rata mereka di luar sana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing
hinggakan tiada masa untuk berulang alik ke pasar setiap hari untuk membeli
bahan mentah. Kebiasaannya bahan mentah dibeli dengan kadar yang banyak untuk
dijadikan stok di rumah.
2.0 OBJEKTIF
KAJIAN
2.1 Mengenalpasti jenis perniagaan yang terdapat
di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.2 Mengkaji faktor yang mempengaruhi tarikan
pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.3 Mengenalpasti isu yang timbul berkaitan
aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.4 Menyatakan cadangan untuk menangani isu
yang timbul berkaitan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
2.5 Mengemukakan langkah untuk menarik lebih
ramai pengunjung ke kawasan Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
3.0 LOKASI
KAJIAN
Kuala
Rompin ialah merupakan kawasan pentadbiran daerah Kuala Rompin. Kebanyakan
penduduk Kuala Rompin menjalankan aktiviti seharian seperti pertanian dan
perikanan. Kuala Rompin juga terkenal dikalangan kaki pancing menyebabkan Kuala
Rompin terkenal dengan nama “Bandar Udang Galah”. Hal ini demikian kerana,
pantai Kuala Rompin mempunyai keunikan tersendiri seperti cantik dan bersih.
Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran menyebabkan ramai pemancing dari
pelbagai negeri dan juga pemancing dari Singapura datang ke Kuala Rompin.
Infrastruktur jalan raya disediakan untuk ke Pasar Tani Kuala Rompin seperti
Jalan Dato Ibrahim yang menghubungkan kawasan Bandar Kuala Rompin dengan
kawasan Pasar Besar Kuala Rompin. Melalui pemerhatian saya, terdapat juga
bangunan-bangunan di sekitar Pasar Tani Kuala Rompin seperti bangunan Jabatan
Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pusat latihan Angkat Berat Kebangsaan
dan Sekolah Menengah Agama Rompin. Jarak Pasar Tani ini dari kawasan perumahan
penduduk Kuala Rompin lebih kurang 2 kilometer sahaja menyebabkan ramai
pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini.
Bentuk muka bumi di kawasan Pasar Tani ini ialah
Tanah Pamah menyebabkan aktiviti perniagaan mudah dijalankan. Kawasan Pasar
Tani yang dahulunya hutan yang berpaya telah ditebang untuk membina tempat
perniagaan seperti Pasar Besar Kuala Rompin dan Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan
pada hari selasa setiap minggu. Terdapat sistem saliran yang sistematik dibina
di kawasan Pasar Tani ini. Longkang yang dibina mengalir terus ke Sungai Kolek.
Kawasan Pasar Tani yang rendah akan menyebabkan berlakunya takungan air ketika
hujan lebat. Fenomena banjir dapat diatasi dengan adanya sistem saliran yang
mengalirkan air terus ke luar.
3.1 PETA DAERAH
|
Peta 1.0 : Peta Daerah Kuala Rompin, Pahang
|
3.2 PETA KAWASAN KAJIAN
***korang kene lakar peta kawasan kajian
4.0 KAEDAH
KAJIAN
Dalam penyelidikan ini, penyelidik memperoleh
maklumat berbentuk data primer dan data sekunder melalui pelbagai kaedah:
4.1
Data Primer
4.1.1
Pemerhatian
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian di Pasar
Tani Kuala Rompin, Pahang pada 2 Jun 2015 mengenai gerai-gerai yang dibuka di sepanjang
Pasar tersebut. Penyelidik membuat kaedah pemerhatian ini bersama-sama rakan
sekelas yang membuat kajian yang sama seperti penyelidik. Melalui kaedah
pemerhatian ini, penyelidik dapat mengetahui lokasi tapak Pasar Tani Kuala
Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu dan dapat mengenal pasti susun
atur gerai yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Penyelidik juga telah
mencatat bilangan gerai yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin iaitu sebanyak
50 buah gerai.
Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan barangan yang
dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ini ialah makanan, pakaian, mainan
kanak-kanak, kosmetik, dan bahan mentah seperti sayur, ikan, dan buah. Penyelidik
juga dapat melihat sampah sarap yang bertaburan dan tidak terurus sebaik sahaja
tamat sesi jualan Pasar Tani. Sampah sarap ini dibuang oleh para pengunjung dan
ditinggalkan oleh peniaga. Selain itu, penyelidik juga dapat mengenalpasti
faktor yang menjadi tarikan pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin. Penyelidik
juga telah mengambil beberapa keping gambar bagi membuktikan kaedah ini diguna pakai.
4.1.2 Temubual
Temubual telah dijalankan kepada peniaga dan
pengunjung. Penyelidik telah menemubual dua orang peniaga dan dua orang
pengunjung. Kaedah temubual ini telah
membantu penyelidik dapat mengetahui masalah yang timbul dalam kalangan peniaga
dan pengunjung.
Selain itu, melalui kaedah temu bual ini penyelidik telah
mengkaji masalah atau isu yang timbul dalam kalangan peniaga dan pengunjung
yang hadir. Di samping itu, penyelidik memberi beberapa cadangan untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kuala
Rompin ini.
|
Gambar 1.0 : Penyelidik bersama penjual
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 16 Jun 2015
|
4.2
Data Sekunder
Data sekunder diperoleh dari perpustakaan SMK Rompin
dan laman web rasmi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Peersekutuan (FAMA) http://www.fama.gov.my/pasar-tani. Penyelidik melayari laman web FAMA untuk mencari
maksud pasar tani dan maklumat mengenai pasar tani. Data-data penting
termasuklah buku-buku, keratan akhbar dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu,
peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.
|
Gambar 2.0 : Konsep Pasar Tani yang diambil dari
laman web FAMA.
|
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Jenis
perniagaan yang terdapat di kawasan di kawasan kajian.
5.1.1 : Pelan kedudukan gerai dan jenis
perniagaan di pasar tani Kuala Rompin, Pahang
**** lakar peta
5.1.2
Jenis dan bilangan perniagaan dalam bentuk jadual
Berdasarkan jadual 1.0 di atas, pelbagai jenis
perniagaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Daripada pemerhatian
penyelidik, perniagaan yang dilakukan di Pasar Tani Kuala Rompin ialah
penjualan makanan dan minuman, sayuran, baju, ikan, buah. kosmetik, mainan,
buku, dan pokok. Setelah dikaji, penyelidik telah merekod semua maklumat dalam
bentuk jadual seperti di atas. Penyelidik mendapati bahawa terdapat 50 buah
gerai yang menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin tersebut.
Gerai makanan merupakan gerai yang paling terbanyak di kawasan Pasar Tani Kuala
Rompin ini. Manakala, jenis perniagaan yang paling kurang dijalankan di Pasar
Tani ini ialah gerai buku dan pokok iaitu satu buah gerai sahaja.
5.1.3 Jenis dan bilangan perniagaan dalam bentuk
graf
Graf 1.0 di atas menunjukkan jenis dan bilangan
perniagaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala Rompin. Melalui kajian penyelidik,
perniagaan yang paling banyak yang dijalankan di Pasar Tani Kuala Rompin ialah
perniagaan makanan dan minuman iaitu sebanyak 22 buah gerai. Contoh perniagaan
makanan dan minuman seperti apam balik, bihun sup, air buah-buahan, dan banyak
lagi. Jualan pakaian pula mempunyai 8 buah gerai. Terdapat pakaian kanak-kanak
dan orang dewasa yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ini. Selain itu,
perniagaan sayur-sayuran pula mempunyai 6 buah gerai. Terdapat sayur-sayuran
kampung seperti ulam-ulaman yang diperoleh dari kebun berdekatan dan sayur dari
Cameron Highland seperti sawi. Pasar Tani Kuala Rompin mempunyai 4 buah gerai
ikan. Contoh ikan yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin ialah ikan selayang,
ikan merah dan terdapat juga udang, sotong dan kepah. Gerai buah pula kurang
sebuah daripada gerai ikan iaitu 3 buah gerai. Terdapat buah tembikai, durian,
manga dan banyak lagi yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin. Barangan kosmetik
juga mempunyai 3 buah gerai yang menjual pelbagai barang kecantikkan dan
makanan tambahan. Seterusnya, terdapat 2 buah gerai mainan yang dibuka di Pasar
Tani Kuala Rompin. Gerai yang paling sedikit dibuka di Pasar Tani Kuala Rompin
ialah gerai buku dan pokok iaitu sebuah gerai.
5.2 Faktor yang
mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan perniagaan tersebut.
i) Kepelbagaian
barangan dan makanan yang dapat dibeli.
Melalui pemerhatian
penyelidik pelbagai barangan dan makanan yang dijual di Pasar Tani Kuala Rompin
seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dapat dibeli dengan mudah.
Melalui pemerhatian penyelidik para pengunjung juga dapat membuat pilihan kualiti
barangan tersebut kerana terdapat banyak gerai yang dibuka. Hal ini akan
memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke tempat
yang berlainan. Oleh itu, ramai pengunjung akan ke Pasar Tani Kuala Rompin
kerana dapat menjimatkan masa, dapat membuat pelbagai pilihan dan boleh menawar
harga untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Selain itu, Pasar Tani
Kuala Rompin juga menjual juadah daripada pelbagai negeri seperti nasi dagang
yang berasal dari Negeri Terengganu, laksa Peneng dari Pulau Pinang dan banyak
lagi. Pasar Tani ini juga terdapat peniaga yang menjual barangan kosmetik,
barangan mainan, pokok, dan pakaian. Masyarakat kampung yang datang ke Pasar
Tani Kuala Rompin ini boleh membeli pelbagai jenis benih anak pokok untuk
dibawa balik dan ditanam kerana terdapatanya gerai menjual pokok. Contohnya,
anak pokok orkid, cili, rambutan dan banyak lagi. Bekalan bahan mentah yang
diperoleh dari kawasan sekitar membuatkan bahan mentah seperti ikan, sayur dan
daging dalam keadaan segar dan berkualiti.
|
Gambar 3.0 : Ikan yang segar dan mempunyai pelbagai
pilihan
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 2 Jun 2015
|
ii) Harga
barangan yang lebih murah dan kualiti yang lebih baik dan segar.
Barangan basah seperti
ikan kebanyakannya dalan keaadaan yang segar dan baik. Hal ini demikian kerana,
ikan-ikan yang dijual baru sahaja diangkut dari jeti perikanan yang berdekatan
dengan kawasan Pasar Tani ini. Harga yang berpatutan turut ditawarkan kepada
pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin menyebabkan ramai pengunjung dari Kuantan
atau Singapura yang singgah ke Pasar Tani Kuala Rompin untuk membeli barang. Sayur-sayuran
dan buah-buahan yang dijual juga segar dan berkualiti. Hal ini demikian kerana,
kebanyakkan sayuran diperoleh dari pekebun di sekitar kawasan Kuala Rompin. Pengunjung
yang baru sampai akan berasa teruja kerana pelbagai pilihan barangan yang segar
dan murah boleh dibeli oleh mereka. Sebagai contoh terdapat udang galah atau
pelbagai ikan sungai yang segar seperti ikan baung, keli, tapah dan banyak
lagi.
|
Gambar 4.0 : Buahan yang dijual dengan harga yang
murah
Sumber : Tinjauan
kawasan kajian pada 2 Jun 2015
|
iii)
Cuaca yang baik.
Faktor cuaca yang baik menyebabkan ramai pengunjung
akan datang ke Pasar Tani. Melalui pemerhatian penyelidik, cuaca yang baik akan
menarik ramai pengunjung hadir ke Pasar Tani Kuala Rompin. Waktu operasi Pasar
Tani Kuala Rompin ialah dari 4 petang sehingga 7 malam. Pada waktu begini cuaca
di kawasan Pasar Tani tersebut selalunya redup dan tidak begitu panas. Hal ini
menybabkan, pengunjung selesa untuk membeli dan berjalan di sekitar kawasan
Pasar Tani tersebut.
Selain itu, Pasar Tani Kuala Rompin mempunyai
kawasan yang terbuka dan terdapat tiupan angin membuatkan pengunjung bertambah
selesa membeli disini. Kajian penyelidik mendapati ketika hari hujan,
pengunjung kurang datang membeli di Pasar Tani kerana keadaan yang kurang
selesa, Hal ini menyebabkan peniaga kurang mendapat pendapatan pada hari
tersebut. Walaubagaimanapun, cuaca yang panas akan meningkatkan keuntungan
penjual air kerana pengunjung berasa dahaga pada cuaca yang panas.
5.3 Isu yang timbul berkaitan dengan aktiviti
perniagaan di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
5.3.1 Isu yang timbul berkaitan dengan peniaga di Pasar Tani Kuala
Rompin, Pahang.
i) Wujud
persaingan antara peniaga.
Masalah yang timbul di kalangan peniaga
di Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang ialah wujudnya persaingan antara peniaga.
Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian penyelidik kebanyakan peniaga
menjual barang yang sama contohnya gerai sayur yang bersebelahan menjual sayur
yang sama seperti sawi, kangkung, kubis dan pucuk serai kayu. Oleh itu,
pendapatan yang mereka peroleh bergantung kepada pemilihan gerai oleh
pengunjung. Pengunjung dapat membuat pilihan barang atau makanan yang hendak
dibeli mengikut kualiti dan kesedapan. Penjual yang menjual barangan yang
berkualiti akan menarik lebih ramai pembeli. Selain itu, permintaan yang
berkurangan disesebuah gerai sedangkan penawaran barang agak banyak menyebabkan
peniaga akan mengalami kerugian.
|
Gambar 5.0 : menunjukkan persaingan jenis-jenis
jualan antara peniaga
Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 2 Jun 2015
|
ii) Bekalan
bahan mentah yang tidak menentu.
Isu yang timbul dalam kalangan peniaga
yang diperoleh daripada temubual penyelidik ialah bekalan bahan mentah yang
diterima tidak menentu. Hal ini demikian kerana, ketika musim hujan atau
tengkujuh bekalan bahan mentah sukar diterima seperti bekalan ikan dan sayuran.
Bekalan bahan mentah juga mungkin berlaku kerosakan dan kualiti yang kurang
akibat sayuran yang ditenggelami oleh air sewaktu musim tengkujuh. Selain itu, sayuran
tradisional seperti pucuk paku, keladi, dan pucuk ubi juga sukar diperoleh
kerana sebahagian daripada kebun-kebun yang ada telah diusahakan dengan kebun
kelapa sawit. Penawaran yang sedikit menyebabkan harga sayuran tradisional
tersebut menjadi mahal tidak standing dengan kualitinya.
5.3.2 Isu yang timbul berkaitan dengan pengunjung
Pasar Tani Kuala Rompin, Pahang.
i) Kesesakan jalan dan laluan di Pasar
Tani.
Masalah yang timbul
dalam kalangan pengunjung yang telah penyelidik kaji melalui kaedah pemerhatian
dan temubual ialah masalah kesesakkan jalan masuk utama ke Pasar Tani dan laluan
sepanjang Pasar Tani tersebut. Kesesakkan di jalan utama masuk ke kawasan Pasar
Tani adalah disebabkan oleh kenderaan yang banyak ingin memasuki kawasan Pasar
Tani tersebut. Jalan masuk utama yang sempit menyebabkan kenderaan terpaksa beratur
untuk masuk dan keluar. Keadaan jalan dan laluan menjadi sesak oleh kenderaan
dan pengunjung selalunya berlaku sekitar pukul 5 petang sehinggan 6 petang.
Selain itu, laluan sepanjang Pasar Tani juga akan menjadi sesak apabila
kenderaan peniaga yang datang lambat untuk berniaga meletakkan kenderaan mereka
ditengah laluan pasar untuk mengangkut barangan jualan. Para pengunjung
terpaksa melalui jalan yang sempit bagi meneruskan pembelian mereka.
|
Gambar 6.0 : Peniaga meletakkan kenderaan di laluan
pengunjung
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 16 Jun 2015
|
ii) Pencemaran
bau asap jualan makanan.
Selain itu, masalah bau
dan asap daripada aktiviti memanggang makanan seperti satay, ayam golek, satar,
otak-otak dan banyak lagi. Bau asap ini menyebabkan pengunjung tidak selesa
untuk membeli di situ. Asap yang banyak juga akan memungkinkan orang yang
mempunyai masalah pernafasan akan sukar untuk bernafas. Selain itu, asap
tersebut juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
|
Gambar 7.0 : Asap jualan makanan
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
|
5.4 Cadangan untuk menangani isu yang timbul
dan mengemukakan langkah untuk menarik lebih banyak pengunjung ke Pasar Tani
Kuala Rompin, Pahang.
5.4.1 cadangan untuk menangani isu yang timbul dalam kalangan peniaga
di Pasar Tani Kuala Rompin.
i) Menghadkan
pengeluaran lesen berniaga terhadap perniagaan yang menjual barangan yang sama.
Kajian yang telah penyelidik lakukan
mendapati bahawa peniaga mengalami masalah persaingan antara peniaga-peniaga
lain kerana mereka menjual barangan dan makanan yang sama. Penyelidik
berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi jika pihak Majlis Daerah Rompin
(MDR) menghadkan pengeluaran lesen kepada peniaga yang ingin berniaga barangan
yang sama di Pasar Tani Kuala Rompin ini. Hal ini demikian kerana, kurangnya
peniaga yang menjual barangan dan makanan yang sama dapat mengelakkan
berlakunya persaingan antara peniaga-peniaga.
|
Gambar 8.0 : Kurang
peniaga yang menjual barangan yang sama
|
ii) Membuat
persediaan awal sebelum musim tengkujuh.
Selain itu, masalah bekalan bahan mentah
sukar didapati sewaktu musim tengkujuh dapat dielakkan dengan membuat
persediaan sebelum berlakunya musim tengkujuh. Penyimpanan ikan-ikan yang
dibekukan untuk musim tengkujuh haruslah dilakukan supaya peniaga dapat
berniaga ikan seperti biasa. Penyimpanan ikan-ikan haruslah diperbanyakkan
sebelum musim tengkujuh bagi mengelakkan berlakunya kenaikkan harga ikan. Hal
ini demikian kerana, bekalan ikan yang mencukupi dapat mengurangkan peningkatan
harga sewaktu musim tengkujuh setimpal dengan kesegaran ikan tersebut. Selain itu,
Peniaga juga haruslah mendapatkan bekalan sayur daripada daerah lain yang
berdekatan untuk memenuhi permintaan penduduk. Pengusaha juga digalakkan
memperbanyakkan kawasan tanaman sayur-sayuran.
5.4.2 Cadangan untuk menangani isu yang timbul dalam kalangan
pengunjung di Pasar Tani Kuala Rompin.
i) Membesarkan
jalan masuk utama dan laluan sepanjang Pasar Tani Kuala Rompin.
Setelah tinjauan dilakukan oleh
penyelidik, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengunjung Pasar Tani
Kuala Rompin antaranya ialah masalah kesesakkan jalan utama masuk ke Pasar Tani
dan kesesakan laluan sepanjang Pasar Tani. Hal ini dapat diatasi sekiranya jalan
masuk utama dan laluam sepanjang Pasar Tani diperbesarkan. Selain itu, Peniaga
tidak seharusnya meletakkan kenderaan mereka dilaluan para pengunjung. Peniaga
yang datang lewat seharusnya meletakkan kenderaan mereka dibelakang gerai mereka
untuk memberi ruang yang luas kepada pergerakan pengunjung. Susun atur gerai
juga harus diubah supaya para peniaga dapat meletakkan kenderaan mereka
dibelakang gerai mereka untuk memudahkan barang jualan diangkut ke gerai.
|
Gambar 9.0 : Laluan sepanjang Pasar Tani dibesarkan
dan susun atur gerai di Pasar Tani.
|
5.5 Langkah untuk menarik lebih ramai
pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin.
i)
Membuat promosi.
Penyelidik telah mendapati pelbagai cara yang boleh
dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin.
Antara langkah yang dapat dilakukan ialah membuat promosi. Pihak Majlis Daerah
Rompin (MDR) membuat promosi melalui media massa seperti membuah hebahan di
radio Pahang dengan memberitahu keistimewaan yang terdapat di Pasar Tani Kuala
Rompin atau mengedarkan risalah mengenai Pasar Tani Kuala Rompin untuk menarik
lebih ramai pengunjung.
ii)
Kempen menurunkan harga.
Selain itu, Pasar Tani Kuala Rompin juga boleh
mengadakan satu hari dengan harga yang rendah. Hal ini akan menyebabkan ramai
penduduk Kuala Rompin akan tertarik dan akan datang hadir membeli barangan di
Pasar Tani Kuala Rompin.
|
Gambar 10.0 : Kempen menurunkan harga barang.
|
iii)
Membuat persembahan kebudayaan.
Di samping itu, Pertunjukan persembahan kebudayaan
juga boleh dilakukan di Pasar Tani Kuala Rompin untuk menarik ramai pengunjung.
Persembahan kebudayaan ini boleh dilakukan sebulan sekali bagi memeriahkan
suasana di Pasar Tani. Persembahan ini dapat membantu anak-anak muda mengenali
dan mengetahui tarian atau cerita rakyat Negeri Pahang mahupun negeri-negeri
seluruh Malaysia.
|
Gambar 11.0 : Persembahan kebudayaan
|
6.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang dikaji
penyelidik dapat mengenali konsep Pasar Tani dengan lebih menyeluruh. Penyelidik
juga dapat mengetahui jenis gerai-gerai yang dibuka di kawasan Pasar Tani Kuala
Rompin, Pahang. Melalui kajian ini penyelidik dapat mengenalpasti beberapa
faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke Pasar Tani iaitu kepelbangaian barangan
dan makanan, harga barangan yang lebih murah dan kualiti yang lebih baik dan
cuaca yang baik. Melalui kajian ini penyelidik juga dapat mengetahui beberapa
masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kuala Rompin
seperti masalah persaingan antara peniaga, bekalan bahan mentah yang sukar
didapati oleh peniaga, kesesakan laluan di Pasar Tani dan ketikdakselesaan
kerana asap dari makanan yang dibakar. Namun demikian penyelidik dapat mencari
beberapa cadangan untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan aktiviti peniaga
dan pengunjung di Pasar Tani tersebut. Antaranya ialah Pihak Majlis Daerah
Rompin (MDR) menghadkan pengeluaran lesen perniagaan, peniaga membekukan ikan
untuk membuat penyimpanan sewaktu musim tengkujuh, dan memperbesarkan laluan di
Pasar Tani. Seterusnya, penyelidik juga memberi beberapa langkah untuk menarik
lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Kuala Rompin dengan membuat promosi,
membuat kempen menurunkan harga barang dan membuat persembahan kebudayaan.
Saya merasa bertuah dan bangga
tinggal di Kuala Rompin, Pahang kerana di kawasan ini terdapat kegiatan
perniagaan pasar tani yang menjadi tumpuan penduduk sekitar pada setiap hari
selasa. Dengan adanya perniagaan pasar tani, taraf hidup penduduk di kawasan
kajian semakin baik dan masa depan penduduk lebih terjamin kerana banyak
peluang pekerjaan diwujudkan. Peniaga Pasar Tani Kuala Rompin juga sangat rajin
bekerja dan gigih berusaha mencari rezeki.
7.0 RUJUKAN
-
Pengunjung
§ Sarinah Binti Ghazali
Suri rumah
Sepakat
§ Norman Bin Mohamad
Guru Sekolah
Kebangsaan Rompin
Kampung Banjir, Simpang
Sepayang
-
Peniaga
§ Sufian Bin Ahmad
Peniaga Ikan
Bandar Lama
Kuala Rompin
§ Salmah Binti Mat Hussin
Peniaga Murtabak
Sungai Puteri
LAMPIRAN
|
Gambar 12.0 : Penyelidik bersama rakan sekelas di
kawasan kajian.
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
|
|
Gambar 13.0 : Penyelidik bersama rakan sekelas dan
Pegawai Alam Flora di Kaunter Aduan Bergerak Pasar Tani Kuala Rompin.
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 16 Jun 2015
|
|
Gambar 14.0 : Penyelidik di gerai makanan di Pasar
Tani Kuala Rompin
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
|
|
Gambar 15.0 : Pengunjung yang ramai di Pasar Tani
Kuala Rompin
Sumber : Tinjauan kajian luar pada 2 Jun 2015
|
Semoga dapat membantu adik2 sekalian menyiapkan kk geografi korang sebelom habis cuti sekolah nii.. huhuh..
buat siap2 nanti dah xpayah nk pikir..
jangan copy 100% tau!!!
^_^