Sabtu, 30 Mei 2015

CONTOH ABSTRAK KERJA KURSUS P.AM

ABSTRAK
ADAT SELEPAS KELAHIRAN BAYI DI KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG, KUALA ROMPIN, PAHANG
            Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu di kawasan kampung Simpang Sepayang , Kuala Rompin, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu dan mengenalpasti adat selepas kelahiran bayi yang pernah diamalkan dan yang masih atau tidak diamalkan di kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Kawasan kampung Simpang Sepayang dijadikan sebagai lokasi kajian kerana terdapat masyarakat melayu yang masih mengamalkan adat ini. Bagi mengkaji adat ini, kaedah temubual dan rujukan telah digunakan. Manakala kaedah soal selidik dan pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti adat yang pernah diamalkan dan yang masih atau tidak diamalkan di kampung Simpang Sepayang. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif. Secara kesimpulannya, dua daripadan lapan adat selepasa kelahiran bayi sudah tidak diamalkan oleh masyarakat melayu di kawasan kajian iaitu adat mencuci lantai dan jejak tanah. Melalui kajian ini, diharapkan masyarakat melayu terus mengamalkan adat-adat selepas kelahiran bayi supaya generasi akan datang dapat meneruskannya.



1 ulasan :

Unknown berkata...

Terima kasih atas rujukan ini. Harap tak kisah nak rujuk untuk buat kerja kursus. TQ