Selasa, 22 April 2014

RESEPI : PUDING KARAMEL CINTA..

Assalamulaikum semua...

panda nak share sikit resepi puding karamel ni.. ni first time panda wat.. alhamdulillah  menjadi.. panda ni sebenarnye bukannye rajin sngat nak wat semua ni sje2.. ni sebab adik panda la.. dy nak kne wat puding ni kat skolah.. kerja kursus ert katanye.. sebab 2 la nak try wat kat rumah dlu.. takot xmenjadi plak kat skolah nanti.. hehe..

okay bahan2 yang panda gune ialah :


yang dalam balang 2 gula tau.. tpi bukan nak gne bnyak 2.. sikit je.. huhu.. sape yang xtau ap bhan2 dlm pic ni,, meh nak bgtau..
* air masak
*gula
*susu cair
*telur ( 5 biji jer )
*esen vanila

CARA MEMBUAT : 

1)  okay,, masukkan gula ke dalam periuk / kuali dengan api yang sederhana.. 


2) bila gula dah bertukar jadi keperang- perangan.. masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju2 untuk elakkan gula 2 berketul.. padamkan api..

3) tuangkan gula hangus tersebut ke dalam bekas yang korang dah sediakan.. bekas ikot citarasa sendiri..


4) biarkan gula hangus ni sejuk dlam suhu bilik..

5) pecahkan 5 biji telur dan pukul mcm nak wat telur dadar 2.. 


6) kemudian panaskan 1 tin susu cair dengan api yang sederhana.. 

7) masukkan 3 sudu besar gula dan tambh 1 cawan air ke dalam susu yang dipanaskan tadi.. 

8) kacau untuk melarutkan gula tersebut dan padamkan api..

9) masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam susu cair tadi.. 

10) akhir sekali, masukkan esen vanila.. sikit je jngan bnyak2.. panda msukkan 1 penutup esen vanila 2 je..


11) pastu tuang la adunan susu + telur + gula ke dalam bekas yang korang letak gula hangus tadi..

12) kukus dalam tempoh 20-30 minit..


13) selepas siap kukus tunggu sejuk sebentar baru masukkan dalam petiais.. apabila puding mengeras barulah terbalikkan.. 


ha,, dah siap untuk dimakan.. 

okay,, korang try la wat ye.. sedap makan time petang2.. huhu .. hope korang enjoy dgn entri kali ni.. ^_^ 

Tiada ulasan :