Khamis, 31 Disember 2015

Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen

Jubah konvo Prau SMKR
Assalamualaikum dan Selamat Petang korang..

Sorry sebab xbgtau korang plan panda yang ni.. 
sengaja panda rahsiakan.. xnak org tau.. hihihi..

Time panda konvo ritu.. Datuk Hassan ad buat Contest..
( nak tau pasal konvo panda boleh klik -- > throwback convocation day )
"Karangan tentang Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen"
katanya dia nk tau ap disebalik simbol jubah and topi nii..
knp time konvo je org pakai.. 
so, dy pon buat la contest nii.. sape dpt buat yg terbaik..
dy bagi 1K.. 

sape xnk 1K dengan buat bende ni je kan.. so, panda pon join laa,, 
tapi, sayang xsempat nak buat banyak research sbb panda kene panggil training tu..
so, panda hantar yang mana sempat buat je laa..
redha je.. kalau ad rezeki dpt la kan.. 
harini 31/12/2015 tarikh tutup contest tu..
okay,, xnak ngomel banyak2 sangat.. 
korang bacalah sendiri kalau nak tau.. hihi
^_^
-
-
-
-
-

1.1 Konvokesyen

            Konvokesyen atau majlis penyampaian ijazah merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan “konvokesyen’’ berasal dari perkataan Bahasa inggeris “convocatian’’ yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah “sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas’’). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampaian ijazah ini, yang paling terkenal ialah lontaran topi siswazah ke udara.

            Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis uatama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap falkuti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan , di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Terdapat juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.

2.2 Asal usul pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen

Sepanjang kajian saya melalui pembacaan di internet, ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang mana merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Tetapi pada hakikatnya, ramai yang silap mengenai tradisi islam ini terutamanya tradisi keilmuan islam generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan mereka tersalah faham mengenai pemakaian jubah konvokesyen ini berasal dari negara Barat.

            Menurut Dr. Alfifi Al-Akiti seorang Pensyarah di Felo Pengajian Islam Universiti Oxford, Uk melalui wawancara di Sudut Pandang Astro Awani, kata beliau sebenarnya pemakaian jubah dan mortar board (kopiah, songkok, dan lain-lain) di dalam majlis istiadat konvokesyen itu merupakan cetusan idea yang di inspirasikan oleh para ilmuan islam terdahulu. Gaun konvo itu adalah jubah. Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mempunyai warna yang berlainan adalah bertujuan membezakan antara orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana apabila ingin membacakan hadis kepada pendengar. Hal ini membuktikan bahawa kepelbagaian rekaan dan warna jubah mempunyai makna tersendiri mengikut institusi pengajian. Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doctor falsafah.

            Mortar board itu sebenarnya seperti mereka memakai penutup kepala (kopiah atau songkok) kemudian di atasnya akan diletakkan Al-Quran dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah (Kini Al-Quran tersebut digantikan dengan lapisan tebal berbentuk segi empat). Pemakaian sedemikian menjadi simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. Jadi, perbuatan membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvokesyen adalah tidak beradap dan tidak menunjukkan budaya ilmu.

            Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan Al-Quran di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang mamakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya.

            Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini. Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat mesra antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

            Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu. Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah adalah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. Jadi, kita sebagai penuntut ilmu haruslah terus menjaga tradisi ini dengan baik.

okayy,, tq sebab baca..
kalau korang nak tau lebih lanjut..
korang boleh la search sendiri ye..
ni je yg mampu panda buat..
harap2 dpt la 1K tu.. huhu
aaminn..
^_^

Selasa, 29 Disember 2015

10 Hari Jobs Training

Jentayu Kopitiam
Assalamualaikum korang.. 

wahhh,, panda keje ap ni?? sampai kene pegi training bagai.. 
ad yg tertanye2 mcm tu x??

entry sebelom ni panda ad bgtau korang yg panda nak cri keje kan.. so, satu hri nii panda pusing2 la 1 bandar Rompin nak cari keje.. tapi, 1 pon xdok.. pnt je yg dpt.. hmmm
last2,, pegi lepak kedai membe.. mengadu lahh tgh cari keje..kot2 mak dy nak bg keje.. tp dy dah ckup pekerja.. mak dy suggest panda minx keje kat kedai makan yg baru nak bukak kat area situ..
Serius kedai makan lahh yg panda mmg xnk keje.. dah tau kompom pnt.. tp, sbb xde pilihan lain.. panda pon ambik la no. tel kedai tu.. 

Dlm malam tu.. panda msj no. phone tu kata nk keje.. 
ttbe dy suruh dtg esok untuk interview.. 
What?? interview?? 
aku nk jadi waiters je pon.. perlu ke nk kene iv bagai??? panda dah la meluat dgn iv2 nii.. hahha.. korang tau kan panda dah slalu pegi iv tp xpnh dpt.. tu yg mcm agak cuak pluss pelik.. 
kedai makan.. ad iv nk minx keje.. x ke pelik?? hahaha

tapi,, sbb niat nak keje punya pasal.. panda pegi laa iv tu..
dlm beberapa hri lepas tu.. org tu call suruh pegi training kat Muadzam.. 
punya lahh ssh nk minx izin abah.. sbb abah ckp kat Muadzam ni bahaya.. 
mcm2 kes ad.. tp lepas minx nangis2 bagai (over) abah bg jugakk.. :D
almaklumlahh.. anak manja dy nii xpenah berjauhan.. 
mmg susah laa nk lepaskan panda pegi.. huhu.. >_<

Sepanjang 10 hari kat Muadzam tu ad la panda tulis ap yg jadi setiap hari dkt memo phone panda.. tapi xdelahh hari2.. ad hari yg xtulis jugakk sbb dah pnt sangat.. so, bacalahh diari yg xrahsia sangat nii.. hehehe.. 

15.12.2015 (hari pertama)
Best sbb harini panda dpt kenal ramai kawan baru.. lg best sbb budak2 yg training sekali dgn panda tu sekepala dgn panda.. so, xde la rasa janggal sangat.. duduk sebilik pon okay.. xde masalah..
Hari First budak baru biasalah.. Panda kene buli dengan pekerja kat sini..
" Leman " dialah yang buli panda.. mana je dia pegi panda kene ikot dy.. serius geram gile.. 
Tapi panda cuba positive kan ap yang dy buat tu semua supaya panda cepat belajar.. 
So, panda buat jelahh ap yang dy suruh tu..
"Kak Lina" first2 nampak dy serius panda ingat dy ni jenis kerek pluss garang.. sbb senyum pon xnak.. mula2 laa,, bila dah lama2 siap gelak2 lagi dgn dy.. Kak Lina nii kire Boss panda kat area floor nii.. 
First day panda dah wat mistake.. tumpahkan air time hantar kat customer.. 
kite tengah debar sbb hari first.. pastu air plak tumpah.. xpayah ckp la cuak dy tu mcm mne.. 
Malu gile dgn customer.. nsib baik laa dy ni baik orgnye,, xde marah2.. lepas2 tu xbrani dah panda nk pegang dulang air tu hantar kat customer.. hahaha..
Baru2 nk start ni biasa laa.. sakit kaki tu xpayah ckp laa.. dah la ramai customer.. pastu nak duduk plak segan..tkot dicop pemalas.. huhuhu.. pape pon panda Happy rini sbb dpt pengalaman baru..

16.12.2015 (hari kedua)
Harini panda dah start ambik order.. setakat harini xsalah lg lahh ambik order.. 
cuma keliru nak buat bil untuk dapor western.. dah la panda ni jenis lembab sikit.. hahaha
ramai plak org dtg.. tu yg bertambah pening nk tulis order.. 
Harini panda dtg awal.. opening.. 
pagi2 lagi dah kene pisau time potong kertas2 order.. haishh apalah nasib kau.. sikit je luka tu tp kluar darah jugak lahh.. pedih bile kene air.. hmmm bad luck today.. hahah
nasib baik Leman ni baik hati belikan handyplast.. tp sekejap je panda pakai.. rimas pluss xnk org tau yg jari luka sbb potong kertas order.. malu kot.. buat keje senang pon xboleh harap..

17.12.2015 (hari ketiga)
Harini panda masok lambat.. pkol 12.30.. sbb ika yg opening rini.. So, dah msok lambat nii balik pon lambat la jgak.. hmmm tang balik lambat tu yg xbest.. harini panda keje mcm biase je.. tp penat dy tu mcm lain mcm sikit.. hahahha.. yang payahnye sbb panda still xkenal menu2 kat sini.. susah nk explain dkt customer bila dorang tanya.. panda dah la lembab nk ingat2 nii.. haishh.. problem bertambah bila banyak menu yg sold out.. dah nk kene ingt yg mana sold out.. jadi panda pon bertambah pening.. hahaha.. kaki sakit gila2 punya rini.. xtau la knp.. sampai kami buat aktiviti berurut beramai2 mlm tu.. hihihi

18.12.2015 (hari keempat)
CUTII!!!!!
hahahha.. happy gile bila cuti.. 
so, kami relax2 je lahh.. sampai lepas Zohor baru keluar cari makan.. Lepastu teman akak2 ni shopping brg2 dorang.. then pegi buat photoshoot kat sebelah kedai.. hahaha..
dah lama usha nk bergambar situ.. hari cuti jugak dpt buat.. :D 
lepas bergambar.. kami pegi karaoke.. 
panda ni manalah pernah msok tmpat2 karaoke semua tu.. selalunya karaoke kat rumah je.. 
so, harini tercatatlah dlm sjrah panda msok pusat karaoke.. hahahha..




19.12.2015 (hari kelima)
"SABTU"
biasanye Kak Lina ckp hari weekend ramai gile org dtg.. Tapi hrini Krikk Krikk.. hahahha
xramai pon org dtg.. sbb budak2 Poli dgn Uniten cuti.. so, kami pon relax2 je lahh.. 
bersyukur gile.. dpt la panda rehatkan kaki kjp.. huhu 

20/21/22.12.2015
Ika kene pegi training dekat Jentayu Grill.. 
so, panda sangatlahh bosan sbb xde geng.. 
malas nk cite pasal keje.. sbb buat mcm biase je.. ad yg salah2 tu biasalah.. 
budak baru belajar.. huhu  >_<

23.12.2015
panda pulak kene pegi training dkt Jentayu Grill..
perghhh.. cara nak serve mmg lain.. banyak plak panda nk kene belajar kat sini.. tp relax sikit drpd Jentayu Kopitiam sbb xramai sangat org dtg.. huhuhu

24.12.2015 (last day)
Last dayy!!.. 
happy tapi sedih sbb nk kene tinggal membe2 yg keje dkt Muadzam nii..
so, mlm ni kami keluar lepak mamak ramai2.. 
Thanks dekat Apis sbb dah blanja panda mlm nii.. 
walaupon mee goreng kat situ xsdp.. hahaha..
lepak2
Walaupon panda xnk tempoh training dipanjangkan.. 
tp sebenarnye panda xnk tinggalkan Muadzam..
sbb banyak pengalaman baru yg panda dpt kat sini.. 
Nanti kite jumpe dkt Jentayu Kopitiam Rompin ye korang2.. 
(Sape yg kene keje kat rompin je lahh dpt jumpe balik..huhu)

^_^

Selasa, 1 Disember 2015

LAST Payyperrr

muka happy dah habis exam... :P

Assalamualaikum.....
Hello korang..!!!

Dah December kan..
Alhamdulillah.. harini panda pon dah hbis exam..
Yeayyyyy!!!
dah xpayah study.. hoho
(buat sementara waktu jelahhh)
hahahhaah
xkan dah xnak blajar kan.. 
minx2 dapat laa masuk U..
aamiin..

okayy,, so, lepas habis exam nii mcm2 yang panda rancang nak buat..
Firstly opkos la panda nak keje..
nak cari duit buat bekalan kalau2 dpt sambung blaja nanti..
xpayah laa susahkan mak abah sangat kan.. huhu

sambill2 tu panda tolong Cikgu Zakiah untuk type balik soalan2 ekonomi 
dari tahun 2013 sampai 2015 punya.. 
Mulanya dengar mcm susah je kan.. nk kene type balik soalan2 tu.. hmmm
tapi panda mmg suka dok depan lappy pastu menaip..
so panda pon angkat tangan setuju nk tolong cg.. heheh

next plan blom ad lg... 
buat sementara nii tu je projek yg bakal panda buat..
tp xpe,, nanti panda akan update setiap projek yg panda akan buat..
in shaa allah.. 

^_^

Khamis, 26 November 2015

DATE DGN "DIA" LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
haa,, tertanya2 x.. siapa "DIA" tu??? 
jangan pikir bukan2 yee,, bukan bf ok.. hehe..

ni dia.. tgok gambar tu.. 
Haaa,, ni laa SOFIA.. 

cik Sofia
tahun nii pon kami plan date berdua mcm tahun lepas.. hoho
ap?? xbaca or terlepas entry yang tahun lepas??
xpe2.. sebelom korang baca entry yang nii..
baca laa dulu yg tahun lepas punya..
klik sini --- > DATE WITH SOFIA!! 

tahun lepas geram sbb xde pon gambar kami selfie berdua..
tahun nii panda mmg pastikan kami selfie berdua.. huhu

okayy,, kami kluar date nii 21 Nov 2015 (sabtu)..
kami kluar dari rumah tu dlm pkol 2 ptg..
tempat first kami pegi.. 
Secret Recipe..

cappuccino cheese and chocolate indulgence
panda tringin nak makan kek.. hihi
tapi, sebenarnye tringin nak makan kek kat 
Kula Cake.. tp disebabkan xde transport nk gerak
pegi Kula Cake tu.. so, terpaksalah kami mkn Secret Recipe je..
dekat sikit dgn mall yang kami nk lepak tu.. 

Lepas siap makan kek..
kami redah jalan raya untuk pegi Vendville..
hahha.. guna perkataan "redah" tu bukan ap..
sbb rasa lawak and bahaya je time kami lintas jalan raya tu..
sampai Vendville ingat nak cari palazo..
tapi, xde pon kat situ.. so, cuci2 mata je laa..
harga bapak mahaii baju2 kat situ..

kluar Vendville terus pegi mall..
beli tiket..


tahun lepas tgok "The Hunger Game : Mockingjay-Part 1"
tahun nii tgok yang part 2 punye..
serius best cite dy.. 
korang2 yang xtgok lagi tu pegi laa tgok.. best tau..

lepas beli tiket wayang kami pegi pusing2 1 mall tu..
then makan,, 

muka lapar.. haahaha
makan dekat food court je.. 
sbb lapar sangat.. tgok la tuu muka lapar.. hahhha..

lepas makan,, kitorang pusing2 lagi sbb
panda nak beli palazo.. 
pusing punya pusing... 
dpt jugak beli sehelai palazo..
sehelai je nk beli tp pusing dy bukan main..
hahaha.. biasa laa nk kene cari yang btol best..
harga best.. jenis kain best.. selesa pakai..

dah maghrib.. 
pegi solat..
then makan lagi... hahahah..
makan pizza plak..
sementara nk tunggu masuk wayang..
movie kami start pkol 11.15p.m
makan kat pizza ni pon sbb ad dpt kopun
so, jimat la sikit.. huuhuh..
kalau bukan sbb kupon tu.. 
xmasuk dah pizza.. sbb dah kenyang makan kat food court td..

disebabkan mall tutup pkol 10..
so, kami pon melepak dpn wayang tu sementara tunggu
pkol 11.15..

duduk kat lantai pon boleh.. haha
sebenarnye dah penat sangat dah kaki time nii..
hahaah..
tp puas laa.. 
okayy,, habis dah cite pasal date kitorang..
xtau laa taun depan ad lagi xdate mcm ni..
atau akan date dgn org lain plak??? hoho..

last,, gambar selfie kami berdua..


oppps,, nak selit jgaklahh gambar panda ni..hihih

biasa2 je.. xpandai bergaya pon
Keluar dari rumah pkol 2ptg..
Sampai rumah pon pkol 2pg..
hahahha.. 12 jam kluar..
#bukanselalu
^_^

Rabu, 18 November 2015

WORDLESS WEDNESDAY #12

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
YAKIN :D

Senyum dan yakin.. 
Jangan pernah give up

Doakan panda.. esok exam repeat sem 1.. 
^_^

Isnin, 9 November 2015

DEEN BURGER BAKAR KUALA ROMPIN

nyumm nyummm..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

haa,, ni nak bgtau ritu panda dgn family pegi buat 
JJCM dekat area Rompin nii.. huhu
sbb panda teringin sangat2 nak makan burger bakar.. hehe
nasib baik laa mak panda tau kat mane ad jual burger bakar kat rompin ni..
sebelom mak bgtau.. mmg panda xpenah tau pon yg ad kedai nii dkt rompin.. hahah

lately ni plak ramai membe panda yang dok update makan burger bakar..
panda pon ajak laa family pegi makan kat sini.. 
puas laa makan.. cuma,, tringin nk rasa meatball dy..
tp dah habis dah ritu.. xtau laa bila plak nk pegi makan.. hmm

Ni menu yang ad kat Deen Burger Bakar nii..

pilih-pilih

harga dy berpatutan laa.. sesuai dgn saiz burger and daging tu.. 
masa operasi dari jam 6ptg sampai 12 mlm..
haa,, sesuai laa org2 muda yg nk lepak mlm2 tu.. huhu


Sape2 yg duduk dkt2 area rompin
mai laa kita try Deen Burger Bakar nii..
kalau otw dari Mersing nak ke Kuantan tu 
mesti lapar kan.. 
haa,, singgah laa sekejap makan burger nii.. heheh

^_^

Ahad, 8 November 2015

#THROWBACK CONVO ABANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

okayy,, abang panda pon dah convo..
congratulation Abang!!!

ni pon kene letak #throwback jugak sebabnye convo 
abg seminggu slepas panda convo.. huhu
17.10.2015

With abangku hensem.. hahha :P
Abang panda nii belajar dekat UMP..
Ijazah Sarajana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam..
engineer to be.. huhu :D
Doa2kan laa abg panda ni cepat dpt keje.. 
boleh laa belanja panda.. hohoh
yg penting boleh bantu mak abah.. 
aamiin.

#THROWBACK CONVOCATION DAY!!

mata tgok ke lain.. haha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

yeayyy,, panda dah convo!!
sebenarnye dah lame dah convo nii.. tu yg letak #Throwback tu.. huhu
10.10.2015..

STPM ni pelik sikit.. 
konvo dulu baru final exam.. so, lebih kurang mcm acah2 konvo je la nii..
xpon mcm wat praktikal nk konvo kat u nanti.. hahha..
in shaa allah kalau ad rezeki msok u la kan.. 
doakan panda ye korang..

with mak, abang and adik

Disebabkan  mak dgn abang dtg lambat sikit..
so, xdpt la bergambar dkt studio..
org2 sume dah xde dkt dlm dewan nii..
panda pon ajak je lahh mak bergambar kat atas pentas.. hoho
janji ad jugak bergambar dgn family.. 

berphoto bersama guru2 and pelajar Prau SMKR..

Berphoto dgn Datuk Hassan sebagai canselor kami semua.. 
sebenarnye convo nii gabung 3 buah sekolah.. 
tu yg kalau korang perasaan, ad 3 lencana kat banner tu..

sebelom majlis mula.. sempat jugak laa kami bergambar2..
kenangan kan.. xtau laa nanti jumpa lagi ke tidak..

6A2

budak yg kat tengah tu sempat menyelit.. hahha.. 

flawlesnye muka kalau dah selfie guna phone Fisah nii..

Selepas je habis majlis tu.. sempat tarik cg. Zakiah kjp nak bergambar..
dy cg, kelas kami.. dalam sesak2 tu haaa mcm2 style ad kami bergambar..
yang paling lawak muka panda tu.. ap yg suka sangat pon xtau laa.. 
hahahha.. 

6A2 With Cikgu Zakiah
xkan lupa kenangan semua niii..
sekarang nii tinggal nak exam subjek2 repeat je..
lepastu dah jadi alumni SMKR.. 

Ahad, 4 Oktober 2015

EXAM MONTH

EXAM CALENDAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

tgoklahh kelender tu.. macam mana cik panda xsibuk..
dah nak final nii..
yang lagi cuakk sebab kali nii ad sekali exam yang repeat tu..
xtau laa dpt x nk bhagi masa study.. 

3,4,5 Nov tu Final Exam untuk Sem 3..
semua subjek laa yang panda ambik..
Pengajian Am, Geografi, Bahasa Melayu, n Ekonomi..

19 Nov tu plak.. 
Repeat Exam Sem 1..
Panda repeat 1 paper je Sem 1..
Geografi je..

Last,, 30 Nov n 1 Dec
tu yang Repeat Exam sem 2 punya..
Sem 2 repeat 2 subjek..
Bahasa Melayu dgn Ekonomi..

Harap2 laa dapat bhagi masa nk study semua subjek nii..
xsampai sebulan je lagi nii..
dah mcm spm plak rasa.. hahaa..
Wish Me Luck ye.. hehehe ^_^ >_<

Ahad, 6 September 2015

" DEMIKIANLAH PEREMPUAN "

DEMIKIANLAH PEREMPUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

" Demikianlah perempuan, 
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri
kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya. "

ritu dok scroll twitter ttbe terprasan sorang nii tweet gambar tu..
panda ap lagii.. terus laa retweet.. heheh

serius deep ayat nii..
Tapi, bila dok pikir2 balik.. 
ad betulnya.. 
Panda selalu laa jugak sakit hati dgn ap yang org buat.. 
Tapi, xterpikir la plak.. ap kesalahan yg kita penah buat kat dy..

Ayat ni xtuju kat sapa2..
Hanya untuk kesedaran diri sendiri..
Jangan terlampau salahkan org..
Sebab kita payah nak ingat salah kita..
Tapi,, kita ingat salah org..
mcm tu lahh sebaliknya.. 

So, kat sini panda nk minx maaf laa kat sapa2 yang panda ad wat salah..
Maaf sangat2.. 

Jumaat, 4 September 2015

KEADAAN YANG SUKAR DIFAHAMI


Assalamualaikum..

Selalu dengar orang cakap.. 
makin besar, makin banyak cabaran yang akan kita terima..
dulu, xpenah rasa takot untuk hidup..
perasaan ni berkobar2 nak cepat2 besar.. 
Tapi,, bila umur makin meningkat.. 
Semakin berat dugaan yang terima.. 
Semakin kenal manusia..
Semakin risau nak hidup di dunia..
Mula rindu zaman kanak-kanak.. 
Riang gembira tanpa pikirkan masalah..

aduhhh,, ttbe plak berpuitis yang xbrapa nak puitis sangat nii.. hahhaha
sebenarnye bila dah makin tua nii >-< selalu dok pikir mcm mana nk jaga hati orang nii..
yellah,, skrg ni rasanya semua yang kita buat payah org nak puas hati..
mesti ad yang xkena.. ad je yang nk dikomenkan..
benda2 ni buat panda sikit down.. 
sedih,, 
Kenapa orang selalu nampak salah kita sedangkan mereka pon lakukan benda yang sama..
Bersyukur jugakk,, sebab ad orang sedarkan kesalahan kita tu.. 
walaupon orang tu xsedar yang dorang pon buat bende yang sama..

Berdiam,,
tu yang selalu panda buat..
biarkan mereka berkata..

Semua manusia ni buat salah..
Xde yang sempurna.. 
Bukan nak kata diri ni baik.. 
Tapi tegurlah dengan cara yang baik..
Bukan memarahi.. menghina.. mencemuh..
Kita manusia biasa.. 
Penuh dosa..

Ahad, 2 Ogos 2015

#THROWBACK FIRST SYAWAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pehhh rindunye nak update blog.. hmmm buat masa skrg  ni memang jarang sikit bukak blog nii.. banyak bende nak kene buat.. dengan eseimen yang xsiap2 tuhh.. hahha.. banyak bende dok pikir kat kepala nii.. macam2.. sem 3 nii sekali dengan exam repeat sem1 n 2.. tu yang agak stress sikit.. nasib baik MUET dah hbis.. lega sikit.. huhu.. 
.
.
.
.
.
okayyy,, balik ke tajuk asal... "FIRST SYAWAL".. 
haaa,, dah nak sebulan raya baru panda nak update.. hahahah..
mesti korang2 dah xnak baca pon entry pasal raya kan.. 
tapi, panda nk cite jugakk first day raya panda... 
kalau xnak baca tutup mata... hehehhee.. 

Raya tahun ni macam tahun lepas jugakk.. 
Beraya di perantauan.. cewahhh.. mcm dok kat oversea plak.. =D
Tahun ni beraya kat ROMPIN, PAHANG lagii.. 
xdpt balik kampung.. sobb sobb sedih.. :'(


beraya kat Rompin.. xbest mana pon.. 
sangat2 sumbat.. sebabnya..
lepas solat sunat hari raya mcm biasa laa
salam bersalaman dengan mak abah..
pastu, pegi Balai Polis.. 
makan2 borak kejap.. 
(abah je lahh yg boraknye.. panda duduk wat comel je kat situ.. ahakks)
lepastu pegi rumah Paklong dengan Maklong kat Sepayang..
Paklong dgn Maklong nii mcm bau2 macang jelahh dengan kitorang..
Maklong orang kampung panda kat BALING, KEDAH..
paklong plak mmg orang Rompin nii.. 

My Family..
Dok rumah Maklong makan2 borak2 selfie2..
lepastu kami pegi Photoshoot!!
huhuhu.. 
part yang paling panda suka.. heheh
tahun nii kami photoshoot kat sawah.. 
sebab dkat dgn rumah maklong tu ad sawah.. 
dah berpeluh2 kat sawah tu..
kami pon balik la rumahh..
*tengok tb
*makan
*tido

hahhaha.. bosan kan aktiviti 1 syawal panda?
nak payung gambar2 photoshoot sikit laa.. hehhe

My Lovely Mom And Dad.. 

Selfie..

Khamis, 16 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dikesempatan malam raya ni 
panda nak minx maaf kat semua yang mengenali panda..
sama ad yang kenal sebagai " mrs. panda " or " Nur Syafiqah Bt Sabri " ..
hehehhe.. 
maafkan panda ye..

Hari Raya nii 
semoga korang sume happy2 selalu.. 
jangan ad yang sedih2 ye.. hehehe

SELAMAT HARI RAYA!!!!

IFTAR 6A2..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Alhamdulillah ramadhan dah sampai kepenghujungnya.. 
semoga segala amal yg kita buat dlm bulan ramdhan ni diterima oleh Nya..

eheemm,, mcm formal sangat plak.. hehhe
kekok plak rasa nak menulis nii.. 
lama jugaklahh panda biarkan blog ni berhabuk.. 
sibok sangat sampai xsempat nak update..

Harini panda nak share sikit iftar panda dengan bebudak kelas panda..
dah nak last2 ramadhan baru ad kesempatan nak berbuka dgn budak kelas..
dok tunggu kot2 la prau nak buat majlis berbuka.. 
kalau prau dah wat.. kami malas laa nak wat banyak kalii..
tu yang last2 minit baru rancang nak berbuka kat luar nii..

Disebabkan prau xde buat pon majlis iftar..
so, kami pon buat laa..
nak pilih kedai nak makan niii punya la payah.. 
biasa laa semua style cerewet nak makan tu laa nii laa.. hahaha
last2 dapat jugak la kedai yg semua org stuju..

yang geramnya kami dah order makanan2 tu sehari awal sebelum nak pergi berbuka tu..
tapi, tetap makanan lambat sampai.. 
nasib baik si iqwan blanja kami pizza.. 
dapat la makan pizza tu dulu sebelum makanan lain sampai.
yang kesiannya kat cg kelas kami laa..
dy dtg lambat order pon lambat sbb ritu xkompom lagi jd x nak join..
makanan dorang lagi la lambat sampai.. 
sian plak tgok anak2 dy lapar..
nasib baik time cg cakap dy jadi join tu kami baru nak beli pizza..
dapat la beli lebih.. 

walaupon makanan lambat sampai tp panda ttp best.. 
anggap biasa la makan kat luar mesti lambat sampai kan.. huhu
lagi best 2 org bukan islam kat kelas panda nii ( Tey & Chien ) dorang pon puasa hari tu.. 
sbb ni tahun last panda bersekolah.. jadi rasa sedih pon ad..
tahun depan xdpt dah nak berbuka dgn bebudak kelas and cg kelas.. :'(

ermmm.. ermmm.. mcm banyak plak panda membebel kat sini.. hehhe..
maaf ye.. 
okay,, SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA.. ^__^


*entry xbergambar sebab gambar iftar ritu hilang.. sob sob.. :'(

Sabtu, 11 Julai 2015

POST HADIAH..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Firstly, panda nak minx maaf sangat2 dekat pemenang GA panda sebab lambat post hadiah.. 
Maaf sangat2.. 
panda agak busy sikit sekarang ni dengan kerja kursus yang ada.. 
Tapi alhamdulillah hari khamis lepas panda sempat jugak lahh balik2 skolah tu terus pegi P.post.. 
semoga hadiah ni cepat2 sampai kat pemenang2 sume.. 
sekali lagi panda nak minx maaf ye.. 
^_^

Selasa, 30 Jun 2015

RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

Click banner untuk join.

T&C

1. Blogger Malaysia. Mesti yg berada di Malaysia jugak.
2. Buat entry bertajuk 'RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE' 
3. Letak banner di atas tu kat entry korang & linkkan banner ke entry ini.
4. Tag 4 kawan blogger korang, pastikan kawan2 korang tu tau.
5. Follow blog sy ni & also follow instashope sy :-
sitishoppe  (It's ok if u dont have insta)
6. Publish kan entry korang yg comel tu & tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ni. 


Extra**
1. GA akan dibatalkan sekiranya peserta kurang daripada 10 org.
2. GA bermula dari 15 June sehingga 5 July 2015. Nk awal habis supaya sempat post hadiah sebelum cuti raya. 
3. Pemenang akan diumumkan pada 11 july atau 12 july 2015.
4. Pemenang adalah RANDOM! 2 orang pemenang akan dipilih.


Part paling best: HADIAH!!! 
GAMBAR HADIAH AKAN DIUPDATE PADA 28 JUNE 2015. 
Tapi, meh sini sy bagi hint :-

1. Dress
2. Wide shawl
3. Peel off nail polish
4. HADIAH MISTERI (extra sempena raya tahun ni)

- Sebarang perubahan akan di bagitau kemudian.

senarai PEMENANG First Giveaway by Mrs. Panda


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Maaf sebab agak lambat umumkan pemenang GA panda nii..
bukan ap,, sibok sikit skrg nii.. banyak kerja kursus yang nak kene buat..

okayy,, hadiah "misteri" yang panda janjikan tu hanyalah mini tasbih..
Hanya ad 6 pemenang..
Maaf ye sebab ni je yang panda mampu hadiahkan kat korang2.. 
xsangka plak ramai yang join GA nii.. 
almaklumlahh, panda masih belajar so, bajet pon agak sikit laa.. hehee..
tq sis ania_creative sebab siapkan tempahan panda nii.. 
korang kalau rasa nak beli mini tasbih untuk buat kenduri ke boleh la tempah dengan sis ania_creative 


Dengan niat nak berkenalan dengan lebih ramai blogger 
dan niat nak bersedekah panda anjurkan la GA nii.. 

Alhamdulillah, pemenang pon dah ad.. 
pemenang2 nii dipilih melalui random.org tau..
xde yang pilih2 kasih.. hehehe.. 

No. 1
- 11

No. 2
- 14

No. 3
- 70

No. 4
-89

No. 5
-38

No. 6
-21

Kepada yang dah menang tahniah ye..
Yang xmenang tu maaf ye.. nanti kalau panda buat GA lagi join lagi yaa..huhu
Sila tuntut hadiah korang dengan hantar email kat panda 
sertakan No. peserta korang
nama blog korang
nama penuh korang
dan alamat korang..
^_^

" ieykasabri96@gmail.com "